JDT Kukuhkan Cengkaman, Tundukkan Melaka FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kempen Liga Super Malaysia 2021 apabila berjaya menundukkan Melaka 1-0 pada aksi ke-16 di Stadium Hang Jebat di sini sebentar tadi.

Kejayaan meraih tiga mata itu membuktikan kehebatan skuad Harimau Selatan sukar digugat untuk terus gah di puncak liga.

JDT banyak menguasai perlawanan di separuh masa pertama dengan mendominasi hampir 70 peratus permainan.

Membuka jaringan seawal minit pertama melalui sepakan penalti oleh Bergson da Silva. Sepakan penalti itu dihadiahkan oleh pengadil pada minit ke-2 selepas Gonzalo Cabrera dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain lawan.

Pelawat sekali lagi hampir menambah jaringan pada minit ke-23 perlawanan namun tolakan Afiq Fazail selepas menerima hantaran menarik Safawi Rashid berjaya diselamatkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Selebihnya, pelawat lebih banyak penguasaan perlawanan namun MU tetap berusaha keras untuk menembusi kubu kukuh yang dibina Harimau Selatan.

Sebaliknya, kelekaan benteng Hang Tuah menyaksikan Cabrera bijak mencuri ruang melakukan percubaan selepas menerima hantaran Safiq Rahim namun tolakannya pada minit ke-38 sedikit tersasar ke kiri gawang Melaka.

Babak kedua menyaksikan pelawat terus mengasak untuk mengukuhkan kedudukan tetapi rembatan Cabrera pada minit ke-48 dan Arif Aiman (m-72) tinggi melepasi palang gol.

Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan.

Sepakan penalti Bergson da Silva seawal minit kedua memisahkan Melaka United dan JDT di Stadium Hang Jebat,

Skuad Harimau Selatan semakin selesa di puncak Liga Super selepas mengutip 42 mata meninggalkan Terengganu FC di tangga kedua dengan perbezaan Sebelas mata.

Dua penjaring terbanyak #LigaSuper2021 setakat malam ini.

🟦🟥 Bergson da Silva – 17 gol

🟥🟨 Ifedayo Omosuyi – 17 gol

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP16

Next Game JDT #LS18

Johor Darul Ta’zim Vs Sabah FC 8/8/2021 Stadium Sultan Ibrahim

Komen Anda?