JDT Kukuh Kedudukan Di Persada Liga

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super selepas menundukkan Melaka United FC, 4-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Pada perlawanan ini Jurulatih JDT Hector Bidoglio menurunkan Haziq Nadzli Penjaga Gol Kedua JDT, ini dilihat sebagai bukti bahawa JDT mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan sentiasa bersedia memberikan komitmen yang diekspektasikan oleh organisasi JDT.

Dalam aksi berkenaan JDT tampil dengan formasi 4-3-3 dengan Natxo Insa sebagai kapten pasukan terus mengemudi pertahanan dibantu Matthew Davies dan Corbin-ong dengan tugas selaku penggempur kekal digalas Bergson Da Silva.

JDT jelas menguasai perlawanan dan bijak mencipta percubaan berbahaya selain melancarkan serangan bertubi-tubi yang hampir meletakkan JDT di hadapan pada babak pertama melalui Arif Aiman.

Skuad Harimau Selatan menjaringkan gol minit ke-13 melalui Fernando Forestieri yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk gol pembukaan di Stadium Sultan Ibrahim!

Arif adalah revolusi kepada pasukan di mana dia memahami apa yang perlu dilakukan apabila diturunkan malah larian lajunya mampu kucar kacirkan benteng lawan.

JDT berjaya menggandakan kedudukan kali ini hasil jaringan cantik daripada Bergson Da Silva. Gol pada minit ke-32 permainan tersebut hadir menerusi gerakan hantaran Fernando Forestieri. JDT dilihat mendominasi perlawanan.

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Brazil, Bergson Da Silva yang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super menambah gol ketiga JDT pada minit ke-42

Peluang terbaik yang dimiliki Melaka melalui percubaan Syahrul Azwari di tepi kotak penalti berjaya diselamatkan Perjaga gol JDT Haziq pada minit ke-44.

Bersambung babak kedua pertukaran pemain JDT Nazmi Faiz Mansor dimasukkan bagi mengantikan Danial Amier.

Sepakan penjuru dari Leandro berjaya ditanduk bergson ke arah gol tapi berjaya ditampan pemain Melaka.

Bergson sekali lagi melancarkan serangan ke kubu lawan sedikit perlahan percubaannya yang berjaya di tangkap penjaga gol pada minit ke-53 hampir-hampir mencatatkan hatrik buatnya.

Malah, anak buah Asri Ninggal yang sekali sekala melakukan serangan balas hampir mencemaskan kubu Harimau Selatan namun penyudah yang lemah melegakan JDT.

Sepakan percuma Leandro di luar kotak penalti berjaya di tepis penjaga gol lawan.

Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dimasukkan mengantikan Arif Aiman dan Forestieri minit ke-67.

Sepakan kencang dari Safawi Rasid ke arah pintu gol berjaya diselamatkan Bryan See pada minit ke-78. JDT sekali lagi melakukan pertukaran dengan memasukkan Syafiq Ahmad dan mengeluarkan Leandro minit ke-79.

Serangan bertali arus tuan rumah menghasilkan gol keempat, Ternyata JDT berada dalam kelas tersendiri apabila menambah duka Melaka United FC pada minit ke-85 melalui Bergson melengkapkan hatrik dengan gol ke-20 peribadinya musim ini!

Melaka mendapat peluang melakukan serangan pada minit ke-89 melalui Fauzan namun sepakan tersasar dari gol tuan rumah.

Skuad Melaka dilihat bertahan dengan baik dan sesekali melakukan serangan balas meskipun Harimau Selatan tampak lebih kerap memegang bola dengan pemainnya tangkas menutup peluang Melaka untuk melakukan percubaan mencetak gol.

Keputusan kekal 4-0 sehingga perlawanan berakhir.

KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?