JDT Kukuh Cengkaman Di Tangga Teratas LS7

Malam ini merupakan aksi ke-7 liga super dan menemukan Sabah dan JDT di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pasukan Johor Darul Ta’zim yang kini berada dikedudukan teratas liga berjaya memperoleh tiga mata penuh di tempat lawan.

Photo by ROTP

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super selepas menewaskan Sabah FC 4-1. Mendahului seawal minit ke-7 menerusi jaringan Arif Aiman Hanafi. JDT menambah luka Sabah FC apabila Bergson mempergunakan peluang terhidang dengan baik hasil pemain pertahanan Sabah yang agak kucar kacir dengan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-8.

Bermula babak kedua Jaringan pertama Sabah FC hadir pada minit ke-58 hasil sepakan penalti pemain import mereka, Levy Madinda selepas sebelum itu bola terkena tangan pertahanan JDT Adam Nor Azlin di dalam kotak penalti.

Pasukan tuan rumah terus kehilangan pemain apabila Thiago Junio De Aguino dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain JDT Natxo selepas mengutip dua kad kuning pada minit ke-59

Jaringan ketiga JDT diperolehi dari assist Arif Aiman Kepada Bergson da Silva pada minit-68 mengukuhkan lagi kedudukan JDT.

JDT memperoleh sepakan penalti dan ia dapat disempurnakan oleh peny3rang Leandro Sebastián Velázquez pada minit 87.

2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE

SABAH [1-4] JDT
(Levy Madinda 58′ (pen)
(Arif Aiman Hanapi 7′ / Bergson da Silva 8′, 68′ / Leandro Sebastián Velázquez 87′ (pen)

Dengan kemenangan itu, skuad Harimau Selatan berkenaan kini mengumpulkan tujuh belas mata penuh daripada tujuh perlawanan.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS7

Photo by MFL

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP7

Photo by MFL

 492 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?