JDT Kini Terus Kuasai Puncak Liga Super 2019, Lebar Jurang 13 Mata

2019 MALAYSIA SUPER LEAGUE | 19 JUNE 2019

JDT [3-2] SELANGOR

(Gonzalo Cabrera 9′ / Leandro Sebastián Velázquez 11′ / Safawi Rasid 61′)

(Khyril Muhymeen Zambri 41′ / Sandro Da Silva Mendonca 89′(pen)

Bekas pemain kebangsaan, Amri Yahaya 1️⃣7️⃣ (Selangor FA) yang kini berusia 38tahun masih lagi mampu menjadi senjata utama pasukan..

Kapten Selangor yang pernah bersama JDT & Melaka Utd sebelum kembali bersama merah kuning musim 2019..

Pengalaman yang beliau miliki, masih mampu diterjemahkan dalam perlawanan yang sangat ber intensity tinggi.

Harimau Selatan baham Red Giants

JOHOR BHARU: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk menjulang kejuaraan liga buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan Selangor 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, skuad Harimau Selatan kini mengumpul 43 mata sekali gus hanya perlu menang dua lagi perlawanan bermula menentang Melaka United, Rabu ini dan Perak pada 7 Julai.

Pun begitu dalam perlawanan malam tadi, pelawat lebih dulu membuat JDT berada dalam keadaan cemas seawal minit ketiga selepas serang balas hampir menyaksikan gol terhasil. Namun bola sepakan leret Endrick Parafita terkena tiang gol kiri ketika Farizal Marlias sudah pun tertewas.

Namun, tuan rumah akhirnya terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-10, selepas bola umpanan ke belakang Diogo Santo menyaksikan Gonzalo Cabrera merembat kencang dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kiri menewaskan, Khairul Azhan Mohd Khalid.

Selang dua minit kemudian skuad Harimau Selatan menyentap semangat The Red Giants apabila Leandro Velazquez yang tidak dikawal di posisi sayap kiri, merembat bola leret untuk meletak tuan rumah selesa dengan kedudukan 2-0.

Ketika aksi berbaki empat minit untuk ditamatkan pada babak pertama, Khyril Muhymeen Zambri merapatkan jurang gol apabila menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Farizal untuk kedudukan 2-1.

Bersambung babak kedua, tuan rumah tampil dengan aksi garang dan hampir mencipta gol selepas bola sepakan percuma Safawi Rasid pada minit ke-46 ditanduk kemas Santo namun tiang gol menjadi penghalang.

Usaha berterusan JDT untuk menambah jaringan membuahkan hasil pada minit ke-61 apabila bola lorongan Velazquez membuka ruang buat Safawi yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum menolak bola leret menewaskan Khairul Azhan bagi kedudukan 3-1.

Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-76 selepas K Sarkunan dilayangkan kad merah oleh Mohd Fairuzi Mohd Desa selepas pemain itu dengan sengaja menendang bola tepat kepada pengadil perlawanan.

Berbaki dua minit perlawanan untuk ditamatkan, pelawat berjaya meraih sepakan penalti dan pemain gantian Sandro Da Silva mencipta gol. Namun ia tidak mampu mengubah nasib skuad kendalian B Sathianathan yang terpaksa akur tewas 2-3 kepada JDT dalam perlawanan itu.

Sumber : Berita Harian

T: JDT 3-2 SEL. Saksikan perlawanan live dan percuma yang dikuasakan oleh Boost di m.iflix.com/bola #FMoniflix

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS17 LIGA SUPER 2019

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LP17 LIGA PREMIER 2019

Komen Anda?