JDT Kekal Semua Pemain Skuad Utama

Berita gembira pastinya untuk pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini selepas pasukan itu hari ini, mengumumkan semua pemain skuad utama kekal bersama kelab berkenaan.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, yang mengesahkan perkara itu berkata kelab itu akan mengekalkan semua pemain tempatan dan luar negara dalam skuad senior semasa manakala tiga pemain JDT II akan dinaikkan ke pasukan senior.

“Berhubung dengan pemain baharu, kelab telah mengenal pasti empat pemain baru – tiga pemain luar negara dan hanya seorang pemain tempatan,” katanya dalam satu hantaran pada akaun Facebook rasmi kelab itu hari ini.

Selain itu, susulan titah pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kelab itu akan melantik seorang bekas anggota tentera sebagai Ketua Keselamatan Stadium untuk menyelia semua perkara berkaitan keselamatan, termasuk mengurus dan melatih para marshal.

Selain itu, Alistair berkata Tunku Ismail turut bertitah bahawa pembinaan fasa pertama Pusat Latihan JDT yang baharu di Iskandar Puteri bakal tertunda susulan kekangan kewangan disebabkan keadaan ekonomi semasa di Malaysia.

“JDT akan memberikan maklumat-maklumat lanjut berkaitan kelab dalam masa yang terdekat,” kata beliau.

Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?