JDT Kekal Rekod Kemenangan

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan D Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini malam ini.

Pada perlawanan babak pertama menyaksikan skuad kendalian P Maniam terlebih dahulu berada di depan apabila V Ruventhiran yang berjaya mencuri bola daripada Adam Nor Azlin sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias pada minit 11.

Kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila kesilapan pertahanan yang menjatuhkan Arif Aiman dalam kawasan kotak penalti sekali gus dihadiahkan sepakan penalti sebelum disempurnakan Bergson Da Silva pada minit 14 untuk kedudukan 1-1.

JDT berjaya di depan pada minit 29 selepas penjaga gol PJ City, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi gagal menangkap kemas sepakan percuma Safawi Rasid sekali gus mudah disambar pemain import JDT Mauricio Nascimento untuk kedudukan 1-2 meletakkan JDT di depan!

Babak kedua bersambung menyaksikan pasukan pelawat lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus bagi menjarakkan kedudukan.

Malah, Mora turut melakukan dua pertukaran dengan memasukkan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid bagi menguatkan lagi bahagian serangan.

Tuan rumah pula melakukan pertukaran dengan memasukkan Khyril pada minit terakhir perlawanan namun keputusan kekal 1-2 sekali gus menyaksikan JDT terus gah berada di kemuncak Kumpulan D.

📊 KEDUDUKAN PERINGKAT KUMPULAN – PM5

Next Game

Komen Anda?