JDT Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 8-0 selepas menewaskan Kelantan FC 5-0 pada aksi kedua suku akhir di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.

Berbekalkan kelebihan 3-0 ketika bertandang ke Kota Bahru minggu lalu, skuad Harimau Selatan bermula dengan garang apabila terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke 12 menerusi Bergson da Silva meletakkan JDT di hadapan!

23 minit kemudian, Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Bergson da Silva menggandakan kelebihan JDT menerusi sepakan percuma!

JDT menguasai permainan sebaik babak pertama bermula dan penyerang, Bergson Da Silva melengkapkan hatrik! Minit ke-35.

Serangan bertali arus skuad Harimau Selatan membuahkan hasil pada minit ke-40 melalui Syahmi Safari.

Nazmi Faiz Mansor menambah gol kelima sebelum tamat babak pertama! Minit ke-45.

Tiada gol dari JDT mahupun Kelantan pada separuh masa kedua sehingga tamat perlawanan.

Bergson da Silva menjaringkan hatrik manakala Syahmi Safari dan Nazmi Faiz Mansor turut meledak dalam kemenangan besar JDT ini.

Menanti JDT di separuh akhir samada Kuching City FC atau Sabah FC sebentar lagi.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?