JDT Juara Piala Sumbangsih, Empat Kali Berturut-Turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan awal apabila muncul pemenang aksi sumbangsih seterusnya menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

JDT [2-0] KEDAH (Safawi Rasid 35′, Natxo Insa 68′)

Ia merupakan kejayaan keempat berturut-turut JDT mendakap trofi itu, sekali gus menyaksikan mereka kini merekodkan enam kejuaraan Piala Sumbangsih selepas memenanginya pada edisi 2015, 2016, 2018, 2019 dan 2020

35′ | GOL SAFAWI RASID!

68′ | GOL NATXO INSA!

Lebih manis, kejayaan JDT kali ini dicapai sempena ulangtahun pertama gelanggang baharu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Walaupun terpaksa beraksi tanpa sorakan penyokong, JDT ternyata lebih dominan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa dua bintang muda sensasi negara, menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh yang sama iaitu hari ini, 5 Mac.

Photo By JOHOR Southern Tigers

Pemain Tengah Terbaik: Safawi Rasid – JDT Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual

Photo by JOHOR Southern Tigers

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias – JDT
Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan – JDT
Jurulatih Terbaik 2020: Benjamin Mora – JDT
Pasukan Terbaik 2020: Johor Darul Ta’zim (JDT)

Photo by MFL

Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin hadir menyaksikan Perlawanan Sumbangsih 2021 di antara juara dan naib juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dengan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Hadir sama menyaksikan perlawanan bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu adalah barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL terdiri daripada Datuk Wira Yusoff Mahadi, Joehari Ayub, Mustaza Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram serta barisan Ahli Exco FAM.

🔥 TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada Johor Darul Ta’zim, juara 🏆 Piala Sumbangsih 2021!

Photo by MFL

 79 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?