JDT Juara Liga Super Buat Kali Kesembilan Berturut-Turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut selepas mudah membelasah Negeri Sembilan FC 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Pengesahan kejuaraan itu milik JDT selepas Terengganu FC berjaya menewaskan pencabar terdekat, Sabah FC 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, sebentar tadi.

Kini, skuad kendalian Hector Bidoglio hanya perlu menghabiskan baki empat perlawanan iaitu menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Selasa ini, diikuti aksi menentang Sri Pahang FC, di Stadium Darul Makmur Jumaat ini.

Disusuli menentang semula dengan KDA FC di Stadium Sultan Ibrahim, 11 Oktober dan aksi terakhir menentang Sabah FC di laman sendiri, 15 Oktober dan kesemua perlawanan itu penting buat JDT bagi mempertahankan rekod tanpa kalah.

📊 KEDUDUKAN – LS20

Arif Aiman (2), Leandro Velazquez dan Bergson da Silva (2) mencatat nama sebagai penjaring dalam kemenangan ini.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?