JDT Juara Liga Super Buat Kali Kelapan Berturut-Turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2021 sekali gus melakar sejarah bola sepak tanah air sebagai satu-satunya pasukan memenangi gelaran itu buat kali kelapan berturut-turut selepas menundukkan Sri Pahang 3-0, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Kejayaan anak buah ketua jurulatih Benjamin Mora di Stadium Sultan Ibrahim itu membolehkan JDT mengumpul 51 mata dan menamatkan perebutan takhta lebih awal dengan baki dua perlawanan liga lagi.

Pada aksi malam tadi, Gol perbukaan JDT dijaringkan Bergson da Silva seawal minit kelapan menampilkan kemahiran mengawal bola yang baik untuk mengewaskan tiga pertahanan Sri Pahang bagi mencetak jaringan ke-21 peribadinya musim ini.

Gol berkenaan dilihat mula memberikan suntikan semangat kepada kesebelasan tuan rumah untuk kembali mengatur serangan bagi menambah jaringan.

Bergson da Silva menjaringkan gol kedua malam ini pasa minit ke-41 dengan sentuhan yang menarik hasil Dari hantaran World Class Shafiq Rahim.

Harimau Selatan akhirnya berjaya mengukir senyuman, apabila hantaran silang Gonzalo Cabrera disudahi dengan sepakan kencang Bergson Da Silva, pada minit ke-45 berjaya mencipta gol hatrik keduanya musim ini! sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Bersambung babak kedua,

Bersambung babak kedua, JDT menggandakan serangan bertali arus ke arah gawang pelawat dalam usaha mencari gol penambahan.

61′ Palang | Bergson berpeluang menambah gol keempat JDT namun rembatannya terkena palang!

Kemenangan itu membolehkan JDT tidak perlu menunggu baki saingan liga untuk dinobatkan juara buat kali kelapan berturut-turut berikutan mana-mana lawan terutama Kedah&Terengganu tidak mampu mencabar walaupun menang pada semua perlawanan.

⚽️ PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2021 SETAKAT INI:-

Bergson da Silva 🟦πŸŸ₯ 23 Gol
Ifedayo Omosuyi πŸŸ₯🟨 22 Gol

πŸ“Š KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS20

πŸ“Š KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP20

Next Game JDT #LS21 βš½β€οΈπŸ’™

πŸ† | LIGA SUPER 2021
⚽️ | TERENGGANU FC VS JOHOR DARUL TA’ZIM
πŸ“† | 04 SEPTEMBER 2021 (SABTU)
⏰ | 9.00 MALAM
🏟 | STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Komen Anda?