JDT & JDTII Raih Tiga Mata

JDT tiada masalah mengekalkan momentum kemenangan seterusnya di Stadium UiTM apabila mengutip mata penuh apabila menewaskan UiTM FC 4-0 hasil jaringan Arif Aiman,Gonzalo Cabrerra, Bergson & Syamer Khuty.

Pemain muda score ✅
Pemain tempatan score ✅
Import baru score ✅
Import lama score ✅
Puncak liga tanpa tewas dan bolos ✅

Perlawanan seterusnya, Rabu Johor DT v Selangor

UITM [0-4] JDT
(Arif Aiman Hanapi 11′ / Gonzalo Cabrera 15′ / Bergson da Silva 80′ / Syamer Kutty Abba 90’+2)

PEMAIN JDT, Arif Aiman Hanapi meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang UiTM FC pada aksi Liga Super. Photo by JOHOR Southern Tigers

JDT kukuh cengkaman di tangga teratas

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super selepas menewaskan UiTM FC 4-0 di Stadium UiTM Shah Alam sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, skuad Harimau Selatan berkenaan kini mengumpulkan sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan untuk berekelebihan tiga mata di depan Terengganu FC, yang akan bertandang ke laman Perak FC malam esok.

Gol daripada Arif Aiman Hanapi dan Gonzalo Cabrera dalam babak pertama serta jaringan Bergson da Silva dan Syamer Kutty Abba pada penghujung permainan sudah cukup untuk menceritakan dominasi JDT sepanjang perlawanan itu.

Penyerang muda berusia 18 tahun, Arif Aiman — yang masuk menggantikan Safawi Rasid selepas penyerang negara itu mengalami kecederaan — mencetuskan sensasi apabila membuka jaringan buat pasukan juara bertahan itu menerusi gerakan solo menariknya dari sebelah kanan pada minit ke-10.

Hanya lima minit diperlukan JDT untuk menggandakan kelebihan mereka apabila Cabrera mengekalkan ketenangannya untuk memanfaatkan bola yang gagal dikeluarkan pertahanan lawan daripada sepakan penjuru menerusi satu percubaan dari luar kawasan penalti.

Penyerang baru JDT, Da Silva, membuktikan betapa dirinya mampu diandalkan pasukan juara tujuh kali itu apabila mempamerkan kawalan bola menarik yang disusuli dengan gerakan satu-dua dengan Nazmi Faiz Mansor sebelum pemain gantian itu melepaskan rembatan leret yang menewaskan penjaga gol UiTM, Dominik Picak , buat kali ketiga pada minit ke-81

Sorang lagi pemain gantian, Syamer, turut menempatkan namanya selaku penjaring musim ini selepas menolak masuk hantaran Mauricio susulan hantaran lintang Safiq Rahim dalam waktu kecederaan.

Sumber : Stadium Astro

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS3

Photo by MFL

2021 MALAYSIA PREMIER LEAGUE

JDT II [3-1] KUCHING CITY
(Nicolás Alberto Fernández 49’ / Feroz Baharudin 52’, 78′)
(Hudson Dias De Jesus 22’)

JDT II raih kemenangan pertama

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kemenangan pertama selepas menjinakkan Kuching City FC 3-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, hari ini.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan turun dengan misi memburu kemenangan pertama selepas aksi pertama saingan liga masih belum meraih tiga mata tatkala JDT II tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC manakala Kuching City FC seri 1-1 ketika menentang Terengganu FC II, baru-baru.

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP3

Photo by MFL

Luaskan Kuasamu Johor

 49 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?