JDT Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Socios.com iaitu sebuah platform aplikasi yang menjadi penghubung dan peluang ganjaran kepada penyokong.

Pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim begitu berbangga dengan kerjasama yang dapat membawa penyokong lebih dekat dengan kelabnya itu.

Jelasnya, kerjasama itu secara tidak langsung memberi peluang kepada kelab untuk terus berkembang maju, sekali gus menjadikan JDT dikenali di mata dunia.

“Kerjasama ini memberi kami peluang untuk berkembang lagi dan mempromosikan nama JDT di seluruh dunia terutama dalam industri sukan bola sepak.

“Jadi kami ada kelebihan yang akan memperkukuhkan kewangan dan promosi nama JDT di peringkat antarabangsa, saya rasa ini satu deal paling hebat sekali dalam industri sukan bola sepak negara,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Socios, Alezandre Dreyfus; Ketua Unit Komersil Kelab JDT, Kevin Ramalingam dan Pengarah Teknikal Kelab JDT, Alistair Edwards.

Penyokong JDT boleh menembus ganjaran melalui $JDT Fan Tokens di Socios.com apabila Fan Tokens adalah aset digital yang antaranya membolehkan penyokong terbabit dalam pertandingan, undian kelab dan akses kepada ganjaran termasuk barangan cenderahati kelab, tiket VIP dan sebagainya.

Sumber : HM

Lebih 170 organisasi sukan terkemuka seperti kelab ternama dari Eropah dan Amerika Latin telah menjalinkan kerjasama dengan Socios.com untuk mencipta pengalaman dan peluang kepada penyokong menerusi Fan Tokens.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?