fbpx

JDT Ingin Menjelaskan Bahawa Kelab Ini Tidak Terbabit Dalam Keputusan Tersebut – Alistair Edwards

Berkenaan berita baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Timbangtara tentang kes yang melibatkan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Akhyar Rashid, JDT ingin menjelaskan bahawa kelab ini tidak terbabit dalam keputusan tersebut.

Kes tersebut adalah di antara Akhyar dan bekas majikan beliau berkenaan pampasan semasa penamatan kontrak, di mana JDT tidak terlibat pada ketika itu.

Jadi kepada mereka yang tidak memahami kes ini, tidak perlu melompat-lompat dan mengatakan bukan-bukan tentang keputusan itu. JDT telah berhubung dengan para peguam kami dan diberitahu bahawa kelab bukan sebahagian daripada kes ini dan tidak terjejas dengan sebarang tuntutan.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Photo By : JOHOR Southern Tigers.

Luaskan Kuasamu Johor

JDT enggan tunduk isu Akhyar

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tidak akan tunduk dengan sebarang tuntutan perlu dibayar kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkenaan isu perpindahan pemain sayapnya, Akhyar Rashid.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, keputusan Pusat Timbang Tara (AIAC) yang berpihak kepada KFA tidak harus dikaitkan dengan Harimau Selatan kerana kes berkenaan hanya membabitkan Akhyar dan bekas majikannya itu.

Malah, pihaknya tidak pernah mencampuri urusan perpindahan pemain sayap berasal dari Jitra, Kedah itu yang dikatakan menggunakan ‘pintu belakang’ untuk ke JDT pada awal musim lalu.

“Berkenaan berita baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Timbangtara (AIAC) tentang kes yang pemain kelab bola sepak JDT Akhyar Rashid, JDT ingin menjelaskan kelab ini tidak terbabit dalam keputusan itu.”

“Kes berkenaan adalah di antara Akhyar dan bekas majikannya berkenaan pampasan semasa penamatan kontrak, di mana JDT tidak terbabit pada ketika itu. Jadi kepada mereka yang tidak memahami kes ini, tidak perlu melompat-lompat dan mengatakan bukan-bukan tentang keputusan itu.”

“JDT sudah berhubung dengan para peguam kami dan diberitahu bahawa kelab bukan sebahagian daripada kes ini dan tidak terjejas dengan sebarang tuntutan,” kata Alistair.

Semalam, AIAC memutuskan isu kontroversi perpindahan Akhyar memihak KFA selepas skuad Hijau Kuning itu tidak berpuas hati berkaitan isu pelepasan kontrak Akhyar yang diputuskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Difahamkan, ketika itu adik kepada bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu masih memiliki kontrak bersama KFA sehingga 2019 dengan nilai baki kontrak atau tebus kontrak sebanyak RM210,000.

Bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM memuktamadkan segala kemelut yang timbul dan mana-mana pasukan berhak mendapatkan Akhyar dengan nilai RM75,000 bersama jumlah tebus kontrak berjumlah RM210,000.

Jumlah berkenaan dipertikaikan KFA sebagai keputusan tidak ‘menang-menang’ kepada mereka selaku majikan dan menyaksikan KFA terpaksa menuntut pembelaan dengan mengheret kes terbabit ke AIAC.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?
Related Post
Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more

Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

JST Keluarkan Pelan Tempat Duduk Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Alhamdulillah… Teruja untuk melihat keindahanya yang bakal menjadi antara mercu tanda terbaru Johor Darul Ta’zim Read more