JDT II Pendahulu Liga Perdana, JDT Ungguli Liga Super

Kedua dua skuad kita berada di puncak Liga Super dan Liga Premier setakat malam ini. JDT gah di puncak Liga Super dengan 12 mata daripada 4 perlawanan , manakala JDT II memimpin Liga Premier dengan 15 mata daripada 6 perlawanan.

JDT II tambah derita Bos Gaurus

Johor Darul Ta’zim (JDT) II merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana selepas memberi kekalahan keempat buat Perak FC menerusi kemenangan 3-1 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dengan kemenangan keenam, JDT II memintas Kelantan FC yang hanya akan turun beraksi menentang PDRM FC esok.

Dipetik dari Laman Utusan Malaysia, Begitupun, anak-anak buah Mariano Raul Erchevrria sepatutnya memenangi perlawanan itu dengan jurang lebih besar jika berjaya menyempurnakan beberapa peluang keemasan

Seperti dijangka, tuan rumah kalah kepada lawan yang lebih baik daripada mereka.

Anak-anak buah Yusri Che Lah berusaha mengimbangi kekurangan mereka dengan semangat juang kental untuk menyukarkan laluan pelawat .

📊 KEDUDUKAN – LP6

Bagaimanapun Perak hanya mampu bertahan selama 24 minit apabila kubunya dirobek oleh Fernando Rodriguez Ortega

Kapten JDT II itu kemudian melebarkan kedudukan pasukan Harimau Selatan apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-36.

Selang seminit, tuan rumah pula dihadiahkan penalti apabila Muhammad Hakimi Mat Isa dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pemain itu sendiri mengambil sepakan untuk merapatkan jurang serta menghidupkan api perjuangan rakan sepasukan.

Penguasaan JDT II berterusan pada babak kedua walaupun hanya menambah satu gol melalui Adam Farhan Mohd. Faizal pada minit ke-52.

Ortega dan Moussa Sidibe mensia-siakan dua peluang terbuka untuk melepaskan Perak daripada menerima petaka malam ini. – UTUSAN ONLINE

JDT idam kejutkan Kawasaki Frontale

📊 KEDUDUKAN – LS6

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?