JDT II Menjuarai Liga Perdana

Johor Darul Ta’zim (JDT) II mengesahkan kejuaraan Liga Perdana selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Selangor 2 di Stadium UiTM Shah Alam, di sini, sebentar tadi.

Jaringan kemenangan JDT II dihasilkan pada minit ke-49 menerusi penyudah Daryl Sham yang menanduk masuk bola hantaran Daniel Ting.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Mariano Echeverria menamatkan saingan liga dengan mengumpul 42 mata keseluruhan, manakala pesaing terdekat Kelantan FC terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Lebih manis, ia adalah Liga Perdana terakhir sebelum saingan itu ditangguhkan selepas penstruktur baharu Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang menyaksikan hanya Liga Super akan dipertandingkan.

Malah, trofi Liga Perdana itu menambahkan lagi seri dalam musim gemilang Harimau Selatan selepas skuad utama mereka menjuarai Piala FA dan bakal dinobatkan juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Sumber : BH

JDT II meraih kejuaraan Liga Premier 2022 selepas jaringan Daryl Sham pada minit ke-49 memastikan kemenangan mereka di Stadium UiTM.

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP18

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?