fbpx

JDT II Melakar Sejarah Dinobatkan Juara Piala Cabaran Selepas Mengenepikan UKM FC

PIALA CABARAN | JDT II Julang Trofi Pertama

Johor Darul Ta’zim II mencipta sensasi tersendiri selepas berjaya menjulang Piala Cabaran 2019 menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM FC, dalam aksi final kedua semalam.

Terikat satu sama dari segi agregat, perlawanan yang berlanjutan sehingga penentuan sepakan penalti menyaksikan nasib lebih menyebelahi JDT II yang memenangi perlawanan menerusi keputusan 6-5.

Dan pastinya kekecewaan buat UKM yang terpaksa melepaskan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

FINAL 2 ? CHALLENGE CUP 2019‬

‪Sepakan penalti:‬

‪UKM – ✅✅✅✅❌✅❌❌‬

‪JDT II – ❌✅✅✅✅✅❌✅‬

‪TAHNIAH JOHOR DARUL TA’ZIM II, JUARA CHALLENGE CUP 2019!‬

JDT II juara Piala Cabaran

JOHOR Darul Ta’zim II (JDT II) melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan juara Piala Cabaran selepas mengenepikan UKM FC di pentas final malam tadi.

Bagaimanapun kejayaan itu bukan hadir dengan mudah apabila aksi final kedua yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.

Ia susulan kebangkitan dramatik skuad The Varsity Boys memadamkan kelebihan skuad ‘feeder club’ JDT itu yang membawa bekalan satu gol daripada aksi final pertama di Pasir Gudang minggu lalu.

Dalam penentuan penalti itu, anak buah Ervin Boban berjaya mengatasi lawan dengan keputusan 6-5 untuk menjulang kejuaraan pertama buat mereka.

Sebaliknya hasrat UKM FC untuk menamatkan badi kejuaraan Liga Malaysia terus berpanjangan sekaligus mengulangi skrip musim lalu yang menyaksikan skuad The Varsity Boys tewas kepada Terengganu FC II dengan agregat 4-2.

Aksi berlangsung sengit sejak wisel permulaan ditiupkan, tuan rumah dilihat menguasai tempo permainan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu pelawat.

Bagaimanapun, ketumpulan jentera depan nyata mengecewakan sambil JDT II sesekali menyerang balas.

Buruan gol tuan rumah akhirnya diraih menerusi penjaring terbanyak UKM FC Mateo Roskam pada m-81 yang jelas mengejutkan pelawat.Biarpun tambahan masa diberikan namun kedudukan agregat 1-1 kekal sehingga 120 minit dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Tuah nyata memihak JDT II untuk pulang ke dengan kegembiraan manakala UKM FC terpaksa mencuba sekali lagi pada musim depan.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?