JDT II Masih Mengekalkan Kedudukan Liga, Walaupun Tewas

Kelab Johor Darul Takzim (JDT II) masih mengekalkan kedudukan teratas liga walaupun tewas kepada Terengganu II 1-2 dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

TERENGGANU II [2-1] JDT II
(Zuasyraf Zulkiefle 62’ / Wan Mohamad Fazli 85’)
(Bienvenido Maranon 43’)

Terengganu FC II kejutkan pendahulu liga, JDT II

Terengganu FC (TFC) II bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan pendahulu Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim (JDT) II 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu menguji lawan menerusi percubaan lencong Jordan Mintah dari dalam kotak penalti pada minit ke-15 yang ditepis Izham Tarmizi Roslan.

Kem Terengganu FC II bagaimanapun dikejutkan pelawat selepas hantaran Ahmad Hazwan Bakri dari sebelah kiri disempurnakan oleh Bienvenido Maranon untuk melakukan voli dan mendahului pada minit ke-43.

Anak-anak buah Badrul Afzan Razali mempamer kebangkitan dan mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-62 hasil penyudah kemas Zuasyraf Zulkiefle berpunca hantaran leret Hakimi Abdullah.

Penyerang gantian, Wan Mohd. Fazli Wan Ghazali akhirnya menceriakan kem tuan rumah apabila menyambung percubaan Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid untuk gol kemenangan Terengganu FC II pada minit ke-84. – UTUSAN ONLINE

📊 KEDUDUKAN – LP8

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?