JDT II Lakar Kemenangan Ke Atas UiTM FC

Dua gol dijaringkan pada babak pertama dan Dua gol pada babak kedua perlawanan membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT II) melakar kemenangan dalam saingan Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam ini.

2022 MALAYSIA PREMIER LEAGUE

JDT II [4-0] UITM
(K. Daryl Sham 20’, 62’ / Moussa Sidibe 26’ / Gabriel Nistelrooy 89’)

JDT II intai kejuaraan Liga Perdana

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas selepas membelasah UiTM FC 4-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, sebentar tadi.

Di petik dari laman Berita Harian, Ia kemenangan kelapan buat JDT II selepas mengharungi 11 perlawanan dengan mengumpul 25 mata dan perebutan kejuaraan liga tampak terbuka membabitkan skuad kendalian Mariono Echeverria, Terengganu FC II dan Kelantan FC yang masih mengungguli tangga teratas liga.

Di awal permainan, skuad kendalian Ismail Ibrahim melakukan percubaan tepat ke arah gol menerusi bola rembatan deras Muhamad Faris Hafiz Azhar tetapi gagal menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi.

Sedar betapa pasukan pelawat tampak membara memburu gol awal, anak didik Echeverria kembali menyusun rentak dengan melancar gerakan berbahaya namun kelibat Fernando Rodriguez yang dibantu Moussa Sidebe masih belum mampu merobek gawang UiTM FC.

Asakan bertali arus tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-20 selepas bola sepakan lintang Adam Farhan Mohd Faizal membolehkan Daryl Sham George yang tidak dikawal menanduk bola masuk menewaskan penjaga gol, Ramdhan Ab Hamid.

Gol kedua menjelma buat anak didik Echeverria pada minit ke-26, berpunca daripada kesilapan benteng UiTM FC yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya menyaksikan Sidebe pantas menggelecek benteng pelawat sebelum menolak bola ke penjuru kanan gawang.

Ketika aksi babak pertama hampir tamat, UiTM FC hampir merapatkan jurang gol selepas bola sepakan percuma Muhammad Nashran Elias dari jarak 25 meter sekadar singgah di palang gol tatkala Izham sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menambah derita UiTM FC selepas menghasilkan gol ketiga pada minit ke-62 menerusi jaringan Daryl Sham apabila menyudahkan bola umpanan Rodriguez.

Ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan bermula daripada bola lorongan Sidebe menyaksikan pemain gantian Gabriel Nisterrooy menjaringkan gol keempat JDT II. Sumber : Berita Harian

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER LP13

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?