JDT Diundi Dalam Kumpulan D, Piala Malaysia 2021

SAINGAN SENGIT TM PIALA MALAYSIA 2021

Kempen TM Piala Malaysia 2021 menyaksikan kejohanan tertua di Asia Tenggara ini menjanjikan satu kehangatan bersempena ulang tahun ke-100 pada musim ini.

JDT DIUNDI DALAM KUMPULAN D UNTUK PIALA MALAYSIA 2021

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan PJ City FC, Sabah dan pasukan tempat keempat Liga Premier untuk kempen Piala Malaysia 2021.

JDT yang baru menjulang trogi Liga Super buat kali kelapan berturut-turut, Ahad lalu diundi dalam Kumpulan D bersama PJ City FC, Sabah FC dan pasukan tangga keempat Liga Perdana dalam majlis undian, hari ini.

Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA) juga dijangka tidak berdepan masalah besar untuk mara ke peringkat seterusnya apabila diundi dalam Kumpulan C bersama Melaka United, juara Liga Perdana sama ada Negeri Sembilan atau Sarawak United dan pasukan tangga kelima Liga Perdana.

Saingan sengit dijangka membabitkan Kumpulan A dan B selepas masing-masing dibarisi tiga pasukan Liga Super dan satu wakil Liga Perdana.

Pasukan tangga ketiga Liga Super, Penang FC bakal berdepan tugas sukar dalam Kumpulan A apabila terpaksa berdepan KL City FC, Sri Pahang FC dan naib juara Liga Perdana musim ini sama ada Sarawak United atau Negeri Sembilan FC.

Kumpulan B mungkin boleh dianggap sebagai ‘kumpulan maut’ dengan perebutan tiket ke peringkat kalah mati akan menemukan Terengganu FC, Selangor FC, Perak FC dan pasukan tangga ketiga Liga Perdana.

Sepak mula saingan Piala Malaysia yang memasuki ulang tahun ke-100 musim ini akan bermula pada 25 September ini.

Kumpulan A – Penang FC, KL City FC, Sri Pahang FC, Naib Juara Liga Perdana (LP)

Kumpulan B – TFC, Selangor FC, Perak FC, Tangga Ketiga LP

Kumpulan C – KDA FC, Melaka United, Juara LP, Tempat Kelima LP

Kumpulan D – JDT, PJ City FC, Sabah FC, Tempat Keempat LP

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?