JDT Dipilih Menjadi Tuan Rumah Untuk Aksi Kumpulan I AFC Champions

Johor Darul Ta’zim akan terus membawa nama Malaysia di pentas AFC Champions League 2022 selaku juara #LigaSuper2021.

Aksi peringkat kumpulan akan membuka tirainya pada April ini. Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan tampil di peringkat kumpulan saingan tertinggi Asia itu untuk empat musim berturut turut sejak 2019.

Kini Johor Darul Ta’zim sah dipilih menjadi tuan rumah untuk aksi kumpulan I AFC Champions League 2022 pada April depan. Sultan Ibrahim Stadium akan menanti pasukan Kawasaki Frontale 🇯🇵, Guangzhou FC 🇨🇳 & pemenang antara Ulsan Hyundai 🇰🇷 atau Port FC 🇹🇭.

Harap fans dibenarkan masuk ke stadium nanti, baru meriah bila ada pemain ke-12 untuk kejohanan antarabangsa ini. Ready B.O.S! #ACL2022

The Asian Football Confederation(AFC) has announced the host of AFC Champions League 2022- East Zone.

🇹🇭Thailand : Group F,G,J
🇻🇳Vietnam : Group H
🇲🇾Malaysia : Group I

Keseluruhans barisan kejurulatihan dan pemain JDT telah menunjukkan komitmen serta konsentrasi yang menakjubkan dalam cabaran Liga Juara-Juara AFC (ACL) sejak debut pertama JDT pada musim 2019.

Pada musim ini, JDT Kumpulan I akan memberi saingan kepada Juara J-League, Kawasaki Frontale, kelab Liga Super China, Guangzhou FC dan satu lagi pasukan akan ditentukan melalui slot play-off sama ada Ulsan Hyundai atau Port FC.

LuaskanKuasamuJohor

Walaupun sehebat mana cabaran yang bakal dilalui keseluruhan kem Harimau Selatan, para penyokong Merah Biru serta seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya akan mendoakan kegemilangan dan kejayaan JDT dalam perjalanan membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Ayuh kita jadikan misi mustahil kepada tidak mustahil. Selamat berjuang Merah Biruku!

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Komen Anda?
%d bloggers like this: