“JDT Dihatiku” Saingan Liga Super JDT Menentang Uitm FC Di Tempat Lawan

Kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Shah Alam menentang UiTM FC pastinya ingin memburu kemenangan ketiga berturut-turut pada saingan Liga Super di Stadium UiTM, malam esok.

Selepas melakar kemenangan pada dua aksi lalu dengan menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 dan Penang FC dengan jaringan sama ketika beraksi di laman sendiri, baru-baru ini, kini skuad kendalian Benjamin Mora akan bertandang ke gelanggang lawan dalam usaha membawa pulang tiga mata.

Alhamdulillah. Pasukan JDT selamt tiba di Shah Alam.

BERGSON DE SILVA

Sama-sama kita nantikan adakah Penyerang Import Baru JDT Yang Di Pinjamkan 4 Bulan Dari Kelab Fortaleza Fc, Brazil Akan di Senaraikan Oleh Mora.

Ia Turun Menjalani Latihan Malam semalam Bersama Pemain – Pemain JDT Yang Lain Di Pusat Latihan Padang Sri Gelam, Johor Bahru…

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS3

Photo by MFL

Mohon maaf UITM FC, slogan saya adalah ‘JDT DIHATIKU’.

Jangan lupa..2 perlawanan yang patut kita tonton.
Abang & adik akan turun gelanggang bertemu lawan masing2!
Liga Super(JDT) & Liga Premier(JDT II di Stadium Larkin). Perlawanan serentak pada jam 9.00mlm.
👉Di Youtube & Unifi Channel 703.

Doakan🤲🤲🤲untuk pasukan kesayangan kita JDT! 💟💟💟💟

AYUH HARIMAU SELATAN🐅🐅🐅
LUASKAN KUASAMU💪💪🏆🏆🏆

Photo by JOHOR Southern Tigers

 40 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?