JDT Digital Collections

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melancarkan cara baharu untuk menghubungkan penyokong dengan kelab menerusi inovasi ‘Digital Collectables’.

Pengumpulan barangan ini adalah dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFTs) yang akan membolehkan penyokong membuktikan milikan ke atas aset digital menggunakan teknologi ‘blockchain’.

‘JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong untuk mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini.

Di samping mengumpul NFT JDT, penyokong juga berpeluang untuk menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT.

JDT komited untuk berhubung bersama penyokong dengan cara lain dari yang lain dan penggunaan teknologi ‘blockchain’ terbaharu ini akan membawa penyokong lebih rapat dengan kelab

JDT lancar token digital

ISKANDAR PUTERI – Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan langkah kedepan mereka dalam arena bola sepak tempatan apabila muncul kelab pertama yang melancarkan inovasi ‘Digital Collectables’.

Inisiatif berkenaan merupakan satu kaedah baharu dalam menghubungkan penyokong skuad Harimau Selatan itu dengan kelab tersebut.

JDT dalam satu kenyataan memaklumkan pengumpulan barangan itu adalah dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang membolehkan penyokong membuktikan milikan ke atas aset digital menggunakan teknologi ‘blockchain’.

“‘JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini.

“Di samping mengumpul token berkenaan, penyokong juga berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT,” jelas kenyataan itu.

JDT turut memberitahu, pihaknya komited untuk berhubung bersama penyokong dengan cara lain dari yang lain.

“Penggunaan teknologi terbaharu seperti ‘blockchain’ ini akan membawa penyokong lebih rapat dengan kelab,”katanya.K! ONLINE

Liga Super Menjelang Tiba!!!

25 Julai 2021 perlawanan Liga Super ke 14 bagi pasukan JDT yang akan bertemu pasukan UITM FC di Stadium Sultan Ibrahim.

Adakah anda sudah bersedia? Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?