Melaka United (MU) mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.
2022 MALAYSIA SUPER LEAGUE
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 2, 2022
Half Time
MELAKA UNITED [1-1] JDT
(Justin Baas 39')
(Leandro Velázquez 27')
More photos at https://t.co/xIUSrThDYt#MLUvJDT#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/wSSfBRlGP9
JDT yang hadir dengan reputasi gah jelas menguasai bahagian tengah saingan dan bijak mencipta beberapa percubaan lebih bahaya yang hampir meletakkan mereka di depan.
Selepas beberapa percubaan, akhirnya Harimau Selatan mendahului menerusi rembatan menarik Leandro Velazquez selepas menerima hantaran Safawi Rashid pada minit ke-27.
Leandro Velazquez memulakan dan menyudahkan gerakan serangan ini untuk gol pendahuluan di Stadium Hang Jebat!
27' GOL | Leandro Velazquez memulakan dan menyudahkan gerakan serangan ini untuk gol pendahuluan di Stadium Hang Jebat!@MelakaUnitedFC 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/OhzyHTvhCh
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 2, 2022
Bagaimanapun, Melaka yang mendapat sorakan penonton di gelanggang sendiri terus berjuang beraksi habis-habisan untuk menyaingi barisan pelawat.
Hasilnya, Melaka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke- 39 menerusi jaringan Justin Baas, sekali gus membuatkan JDT tersentak.
Melaka United menyamakan kedudukan menerusi Justin Baas!
39' GOL | Melaka United menyamakan kedudukan menerusi Justin Baas!@MelakaUnitedFC 1-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/aTNMmkV9Tr
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 2, 2022
Bersambung babak kedua, JDT terus memberi tekanan kepada skuad Hang Tuah untuk memastikan mereka pulang dengan mata maksimum.
Sebaliknya, Melaka kebal mempertahankan kubu, malah turut memiliki peluang menambah jaringan, namun percubaan Norde pada minit ke-82 berjaya diselamatkan penjaga gol, Farizal Marlias.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS11
Johor Darul Ta’zim kekal sebagai pendahulu Liga Super manakala Melaka United FC naik satu tempat ke tangga kesembilan.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS11
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 2, 2022
Johor Darul Ta’zim kekal sebagai pendahulu Liga Super manakala Melaka United FC naik satu tempat ke tangga kesembilan.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/4IMRqBG3vK
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.