JDT Dan Jenama Antarabangsa F&N Ikat Penajaan

JDT DAN JENAMA ANTARABANGSA F&N IKAT PENAJAAN SELAMA TIGA TAHUN SETENGAH

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Fraser & Neave (F&N) telah bersetuju untuk bekerjasama selama tiga tahun setengah yang bakal menyaksikan jenama 100PLUS, minuman isotonik nombor 1 Malaysia menjadi rakan rasmi pembekal isotonik kepada Harimau Selatan.

F&N juga mempunyai hak penjualan dan distrubusi di Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik, perjanjian pertama seumpamanya dalam bolasepak Malaysia. Minuman F&N boleh didapati di kesemua perlawanan dan aktiviti yang berlangsung di ‘Home of the Southern Tigers’. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

JDT DALAM PROSES MEMUKTAMADKAN DUA LAGI KOLABORASI ANTARABANGSA SELEPAS F&N

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian dengan dua lagi syarikat antarabangsa setelah mengumumkan penajaan dengan Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N). Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat. Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?