JDT Catat Kemenangan Ke Atas PJ City FC

Johor Darul Ta’zim mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam Kumpulan D selepas berjaya menundukkan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Sebentar tadi.

KEJAYAAN memperoleh gol awal memberi keyakinan buat JDT menguasai permainan yang seterusnya menghasilkan kemenangan 1-0 ke atas PJ City FC

Skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit keempat selepas bola umpanan Natxo Insa membuka ruang buat Gonzalo Cabrera yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Pelawat yang ketinggalan tampak sukar untuk menembusi kekebalan benteng tuan rumah dalam usaha memburu gol penyamaan apabila pergerakan Darren Lok sering dipatahkan gandingan Mauricio Dos Santos dan Shane Lowry.

Sebaliknya, tuan rumah begitu dahaga untuk menambah jaringan dan peluang terbaik pada minit ke-29 hasil umpanan Cabrera menyaksikan Safawi Rasid pantas melakukan sepakan lencong tapi bola menuju sipi di sebelah kanan gawang ketika Kalamullah sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, tuan ruman terus mengasak ke kubu pelawat namun bola rembatan deras Insa dari luar kotak pada minit ke-53 selepas menerima bola umpanan pemain gantian Safiq Rahim hanya sekadar melepasi palang gol.

Tindakan Mora memasukan Guilherme De Paula dan Arif Aiman Hanapi bagi menggantikan Ahmad Hazwan dan Safawi pada babak kedua dalam usaha menambah sengat di jentera serangan gagal beri impak sebaliknya jaringan awal perlawanan pada babak pertama yang memihak JDT kekal sehingga tamat aksi.

Kemenangan itu membolehkan JDT kekal di tangga teratas Kumpulan D selepas mengumpul enam mata selepas Kelantan FC dan Sabah FC terikat 2-2 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, petang tadi.

📊 KEDUDUKAN PERINGKAT KUMPULAN – PM2

Skuad kendalian Benjamin Mora bakal bertemu SABAH FC pada aksi ketiga Kumpulan D pada 29 Oktober 2021 di Stadium Likas,Sabah jam 8.15 malam.

Komen Anda?