JDT Bertandang Ke Terengganu, Kekalkan Momentum Kemenangan

Pertembungan Terengganu FC (TFC) Menentang Johor Darul Ta’zim pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di Kuala Terengganu, malam ini bakal sengit.

Apapun, tidak nafikan TFC dibarisi pemain hebat selain mendapat sokongan padu daripada penyokong dan sudah tentu ia bakal menjanjikan perlawanan menarik dan pastinya ramai peminat melabelkan perlawanan itu nanti ibarat pra-final Piala FA.

Harus berwaspada dengan kelicikan pemain sayap TFC iaitu Faisal Halim dan Faiz Nasir yang lincah membuat larian mengelirukan selain bijak menyusup masuk ke dalam kotak penalti. Tidak boleh leka selain sentiasa berwaspada daripada lakukan kesilapan.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu turut memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri selain strategi menyerang mengasak benteng pertahanan lawan secara bertubi-tubi.

Manakala pengendali JDT, Hector Bidoglio juga mempunyai muslihat dan rahsia tersendiri untuk berhadapan dengan pasukan lawan dan apa pendekatan yang perlu diambil. Momentum kemenangan yang diraih sebelum ini turut menjadi kekuatan buat pemain untuk terus melakar kejayaan.

3 Mata semestinya dicari oleh JDT bagi menjarakkan lagi Jurang mata diantara pencabar liga iaitu Sabah FC

Pertemuan pertama April lepas, JDT menang 2-1 & selepas habis perlawanan ini mereka akan bertemu lagi di final

Awaydays!

Final ❌
Liga Super Malaysia ✅

Lupakan seketika Final Piala FA, Fokus diteruskan bagi perlawanan Liga Super untuk meneruskan misi rekod tanpa kalah.

Doakan perjalanan kami selamat sampai ke Kuala Terengganu dan semoga JDT beroleh kemenangan. MISI 3 MATA!

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini.

Persaingan Liga Super Malaysia kini berada di pertengahan musim. Memasuki hari perlawanan ke-15, TV9 akan membawa perlawanan antara Terengganu FC yang akan menerima kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Rabu, 10 Ogos, jam 8:45 malam. Saksikan barisan pemain bintang JDT seperti Bergson, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi, serta pemain-pemain hebat Terengganu seperti Kpah Sherman, Tchetche Kipre dan Faisal Halim.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?