JDT Bermula Dengan Garang Pada Aksi Separuh Masa Pertama

Bangkok United 2-2 JDT

JDT bermula garang di separuh masa pertama dengan kelebihan 2 gol masing2 dijaringkan oleh Syafiq Ahmad dan Aaron. Di separuh masa kedua JDT terpaksa akur dengan 2 gol pihak lawan. Luaskan kuasamu..

*cantiklah jersi baru JDT. Dapatkan yang original!

Kredit gambar JOHOR Southern Tigers

2019 INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 20 JANUARY 2019

BANGKOK UNITED [2-2] JDT

(Mike Havanaar 58′ / Teeratep Winothai 85′)

(Syafiq Ahmad 11’ / Aarón Ñíguez 38′)

Kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim dlm perlawanan persahabatan menentang Bangkok United di stadium Thammasat, Bangkok

KAMI BERMULA DENGAN BARISAN PEMAIN YANG SERING DIGUNAKAN DALAM DUA PERLAWANAN PERSAHABATAN SEBELUM INI DAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA PEMAIN-PEMAIN MUDA BERMAIN PADA BABAK KEDUA UNTUK ‘MATCH FITNESS’ MEREKA

Kami bermain baik pada separuh masa pertama dengan barisan pemain yang kami sering gunakan dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini dan berjaya mendahului 2-0. Bermula babak kedua, seperti biasa kami melakukan pertukaran keseluruhan pemain untuk memberikan ‘match fitness’ dan masa perlawanan kepada pemain-pemain muda yang lain dalam persediaan kali ini.

Selepas itu kami melakukan beberapa kesilapan dan mutu pengadilan pada malam ini begitu teruk sehinggakan gol pertama pihak lawan dalam keadaan ‘offsaid’ diambil kira. Manakala gol penyamaan pihak lawan berpunca daripada kealpaan salah seorang pemain pertahanan kami.

Selain daripada itu semuanya berjalan dengan lancar dan saya berpuas hati dengan perlawanan malam ini.

Luciano Figueroa, Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Sumber : JST

Logo JDT

Logo ini digunakan pada jersey player sahaja

lambang harimau pada tahun ini amat menarik perhatian pada penyokong penyokong JDT

Logo ini juga direka khas dari Nike untuk jersey tahun ini

Ayuh penyokong JDT membeli jersey yang baharu pada tahun ini

sudah beli?..jika sudah beli comment di ruang komen ataupun share gambar jersey jdt yang baru

 58 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?