JDT Berlepas Ke Dubai Untuk Aksi Pra-Musim 2022

Skuad Harimau Selatan, Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’azim (JDT) ternyata berada dalam kelas berbeza berbanding pasukan lain dalam persiapan pra musim menjelang sepak mula Liga Super 2022.

Ketika kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengadakan pra musim di Malaysia, JDT memilih Dubai untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dan aktiviti bersama pasukan. Ini adalah kali kedua JDT melawat Dubai untuk pra-musim, sama seperti yang dilakukan pada tahun 2020.. JDT benar-benar telah meletakkan tanda aras yang cukup tinggi kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Bukan setakat itu, mereka juga mengadakan perlawnan pra musim dengan kelab2 ternama menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow (kedua-duanya dari Rusia), MSK Zilina (Slovakia) dan FC Riga (Latvia).

Photo by JST

Pasukan JDT Bertolak ke Dubai itu diumumkan menerusi akaun pasukan berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.

PEMAIN DAN PEGAWAI JDT BERLEPAS KE DUBAI | 22hb JANUARI 2022

Pemain dan pegawai kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berlepas ke Dubai hari ini, 22hb Januari 2022 untuk perlawanan pra-musim sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Liga Asia (ACL) dan Liga Malaysia. Semoga segala perancangan dan strategi untuk meningkatkan lagi prestasi yang direncanakan oleh Benjamin Mora selaku Ketua Jurulatih JDT berjaya mencapai keputusan yang diharapkan.

Pasukan lain di ACL juga nampaknya perlu memberi perhatian kepada JDT kerana tahun ini Harimau Selatan pastinya mahu mengaum lebih kuat di pentas Asia.

Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?