JDT Berjaya Tumpaskan Suwon Samsung Bluewings, Stadium Sultan Ibrahim

🇲🇾 Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan Suwon Samsung Bluewings 2-1 bagi perlawanan AFC Champions League peringkat kumpulan!

Ini merupakan kemenangan pertama JDT dalam aksi pertama ACL 2020 di Stadium Sultan Ibrahim! 🔴🔵

AFC CHAMPIONS LEAGUE 2020 | 3 MARCH 2020

JDT [2-1] SUWON SAMSUNG BLUEWINGS
(Gonzalo Cabrera 13′(pen) / Maurício dos Santos Nascimento 73′)
(Terry Antonis 51′)

Hidup Johor Demi Johor

Kekalkan momentum ini untuk perlawanan seterusnya. Syabas Johor Darul Ta’zim!

JDT ‘ajar’ Suwon main bola

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi luar biasa apabila mengejutkan Suwon Bluewings 2-1 pada aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

JDT mendahului kelab dari Korea itu 1-0 hasil sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada babak pertama tapi anak didik Lee Lim-saeng bangkit menyamakan jaringan di awal babak kedua menerusi pemain gantian, Terry Antonis.

Namun, Mauricio Nascimento muncul wira JDT apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah sekali gus meraih tiga mata pertama dalam saingan ACL.

Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Selatan terpaksa membuat rombakan di saat akhir selepas kapten Hariss Harun diketepikan akibat cedera ketika sesi latihan terakhir menjelang pertembungan menentang kelab dari Korea itu.

Malah, skuad bimbingan Benjamin Mora juga terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd Radzak yang turut cedera ketika aksi menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super, Jumaat lalu.

Situasi itu tidak menjejaskan rentak skuad Harimau Selatan apabila Safawi Rasid berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti pada minit ketiga namun bola rembatannya terus ditangkap penjaga gol, No Dong-geon.

Ketika aksi memasuki minit ke-11, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Iran, Alireza Faghabi selepas Min Sanggi menjatuhkan Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti dan Cabrera yang mengambil sepakan itu menyepak bola tepat ke penjuru kanan menewaskan Dong-geon.

Namun, JDT gagal mempertahankan kelebihan itu apabila pelawat bangkit menyamakan kedudukan minit ke-55 selepas Antonis bertindak melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan gawang menyaksikan penjaga gol, Farizal Marlias terpaku melihat bola menerjah jaring.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan kembali di depan pada minit ke-73 selepas sepakan lintang Nazmi Faiz Mansor menyaksikan Nascimento menanduk bola kemas menewaskan Dong-geon.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?