JDT Beri Pas Bermusim Secara Percuma 2021

‘Terima kasih JDT beri pas bermusim percuma’

LANGKAH kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan memberikan pas bermusim secara percuma pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 di sambut baik penyokong Harimau Selatan.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT), Azman Jalil berkata, apa yang dilakukan pengurusan tertinggi JDT di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuktikan betapa kelab berkenaan begitu menghargai sokongan penyokong.

Katanya, dengan saingan Liga M yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 sejak 18 Mac lalu yang mengakibatkan semua perlawanan saingan itu ditangguhkan, ia menyaksikan penyokong tidak dapat hadir ke stadium.

“Walaupun saingan Liga Super dan Liga Perdana kemungkinan akan disambung pada Oktober ini namun status sama ada penyokong boleh hadir ke stadium atau tidak bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Lebih 4,500 penyokong memiliki pas bermusim yang membabitkan tempat duduk ‘grandstand’ dan terbuka sudah pasti kecewa kerana tidak dapat menggunakan pas bermusim pada musim ini.

“Namun berita dari kelab berkenaan yang akan memberi percuma tanpa sebarang bayaran kepada pemegang pas bermusim pada musim ini jelas membuktikan keprihatihan kelab itu terhadap penyokong JDT.

“Kami sebagai penyokong berterima kasih kepadaTunku Ismail yang begitu prihatin terhadap penyokong JDT dan sememangnya berita itu amat dinantikan penyokong yang memegang pas bermusim malah amat berbaloi untuk memiliki pas berkenaan,” katanya.

Kelmarin, menerusi laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengumumkan setiap pemegang pas bermusim kelab berkenaan pada musim ini secara automatik akan memiliki pas percuma pada musim depan.

Menurut kenyataan itu, pada musim depan tiada jersi baharu disediakan untuk pemegang pas bermusim, sebaliknya pemegang pas berkenaan berkenaan boleh membeli jersi baharu dengan tawaran diskaun 10 peratus.

Sebagai rekod, pas bermusim pada musim ini dibahagikan dua kategori iaitu RM400 hingga RM800 untuk tempat duduk terbuka manakala RM1200 hingga RM1500 bagi tempat duduk grandstand di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Azman menambah, penyokong hanya dapat menyaksikan dua perlawanan liga elit domestik membabitkan JDT menentang Kedah pada 1 Mac lalu dan aks menentang UiTM FC pada 7 Mac lalu dan perlawanan menentang FELDA United pada 14 Mac lalu diadakan secara tertutup.

“Walaupun saingan liga bakal disambung Oktober ini dengan hanya satu pusingan sahaja, kami tetap akan beri sokongan terhadap skuad Harimau Selatan seandainya tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan seterusnya.

“Apapun sebagai pemain ke-12, kami optimis setiap pemain JDT sudah bersedia untuk menyambung semula saingan liga tatkala berehat dalam tempoh yang agak panjang dan terus menguasai persada liga pada musim ini,” katanya.

PENYOKONG GEMBIRA JDT BERI PAS BERMUSIM 2021 PERCUMA

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT), Azman Jalil berkata, apa yang dilakukan pengurusan tertinggi JDT di bawah kepimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor membuktikan betapa kelab berkenaan begitu menghargai sokongan penyokong.

“Berita kelab akan memberi percuma tanpa sebarang bayaran kepada pemegang pas bermusim pada musim ini jelas membuktikan keprihatihan kelab itu terhadap penyokong JDT.

“Kami sebagai penyokong berterima kasih kepada DYAM Tunku Ismail yang begitu prihatin terhadap penyokong JDT dan sememangnya berita ini amat dinantikan penyokong,” katanya kepada Harian Metro

Baca selanjutnya di https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/06/699824/penyokong-gembira-jdt-beri-pas-bermusim-percuma

Hidup Johor Demi Johor