JDT Berdepan Ratchaburi Dalam Perlawanan Terakhir Peringkat Kumpulan

Biarpun sudah tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara (ACL), Kami penyokong-penyokong JDT tetap memberi sokongan penuh buat pasukan untuk menumpaskan Ratchaburi FC buat kali kedua, sekali gus menutup kempen di Bangkok dengan positif.

JDT yang pernah menumpaskan Ratchaburi pada aksi kedua kumpulan meraih kemenangan sulung dalam Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini selepas menewaskan Ratchaburi FC, 1-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok, tempohari. Jaringan tunggal pemain import dari Argentina, Leandro Velazquez pada separuh masa kedua membantu JDT untuk memperoleh tiga mata berharga.

SIDANG MEDIA PRA PERLAWANAN LIGA JUARA-JUARA AFC 2021: JDT VS RATCHABURI

Apapun penyokong dan peminat bola sepak perlu memberikan pujian terhadap semangat dan corak permainan JDT.

Pasukan terbaik negara ini bukan setakat menyertai ACL malah memberi saingan kepada pasukan jauh lebih di segi kedudukan rangking.

JDT akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan turun menentang Ratchaburi pada Rabu ini.

Jadual perlawanan Johor Darul Ta’zim untuk Kumpulan G, AFC Champions League.

07/07: 🇹🇭 Ratchaburi | Live di FOX Sports 📺

⚽ Tempohari Ramadhan Saifullah berjaya menjaringkan gol sulungnya di pentas Asia, namun Johor Darul Ta’zim tewas 2-1 kepada Nagoya Grampus (JPN).

Photo by JOHOR Southern Tigers

#LuaskanKuasamuJohor

Hidup Johor Demi Johor
Komen Anda?