JDT Berdepan Pohang Steelers

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tekad meneruskan rentak kemenangan dalam misi membenamkan cabaran kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers dalam aksi saingan kumpulan G Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada malam ini.

SIDANG MEDIA PRA PERLAWANAN LIGA JUARA-JUARA AFC 2021: POHANG STEELERS VS JDT

JDT mengutip tiga mata selepas menundukkan Ratchaburi FC 1-0 dalam perlawanan kedua mereka selepas tewas 0-1 kepada Nagoya Grampus dalam perlawanan pembukaan bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

JDT berada di kedudukan tempat kedua di belakang Nagoya Grampus dengn mengutip tiga mata hasil daripada kemenangan ke atas Ratchaburi FC.

Manakala Pohang Steelers pula berada di tangga ketiga dengan tiga mata juga namun dibezakan oleh beza jaringan gol.

Dalam satu lagi perlawanan sebelum itu Nagoya Grampus akan bertemu Ratchaburi FC pasa pukul 6.00 petang.

Komen Anda?