fbpx

JDT Berada Pada Kelas Tersendiri Apabila Terus Melakar Kemenangan Ke-11

2019 MALAYSIA SUPER LEAGUE | 17 MAY 2019

PKNS FC [1-2] JDT

(Romel Morales 30′)

(Safawi Rasid 17′ / Diogo Luís Santo 60′)

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS14 LIGA SUPER 2019

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LP14 LIGA PREMIER 2019

JDT perkukuh cengkaman

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) nyata berada pada kelas tersendiri apabila terus melakar kemenangan ke-11 dalam kempen Liga Super musim ini apabila memungut tiga mata penuh menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kejayaan itu turut meletakkan skuad Harimau Selatan pada landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keenam berturut-turut sejak 2014 sekaligus meraih tiket automatik ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Begitupun, kemenangan itu bukan hadir dengan mudah sebaliknya skuad Semut Merah yang turut mengidamkan tiga mata memberi tentangan sengit sepanjang aksi itu.

JDT yang akan berkunjung ke Korea Selatan bagi aksi terakhir Kumpulan E ACL bertemu Gyeongnam FC Rabu ini, membariskan skuad terbaik dengan menurunkan penyerang muda kebangsaan, Safawi Rasid serta bekas penyerang Buriram United, Diogo Santo.

Safawi membuktikan dia adalah penyerang masa depan negara apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 menerusi gerakan solo yang mudah mengelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang juga gol kelima dalam saingan Liga Super musim ini.

Biarpun ketinggalan, skuad kendalian Datuk K Rajagobal tenang memperkemaskan aksi dan gerakan balas pada minit ke-30 membuahkan hasil menerusi tolakan mudah Romel Morales yang menerima hantaran cantik ketua pasukan K Gurusamy bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Menyedari hanya kemenangan mampu mengukuhkan lagi kedudukan JDT di persada liga, anak buah Benjamin Mora tampil lebih garang pada babak kedua untuk memburu gol.

Diogo kembali meletakkan skuad Harimau Selatan di depan apabila mudah menanduk masuk buat menewaskan penjaga gol PKNS, Tauffiq Ar Rasyid pada minit ke-60.

Meskipun PKNS melipat gandakan usaha memburu jaringan penyamaan, namun keputusan 2-1 itu kekal hingga wisel penamat buat JDT pulang dengan penuh senyuman.

Sumber : Harian Metro

PKNS 1-2 JDT. Saksikan perlawanan live dan percuma yang dikuasakan oleh Boost di m.iflix.com/bola #FMoniflix

Video:-

Komen Anda?