JDT Atasi Kelab Shabab Al Ahli

JUARA Liga Super 2021 Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan pada siri jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila berjaya menewaskan pasukan Shabab Al Ahli 1-0 di Rashid Stadium, Dubai UAE.

Anak buah Benjamin Mora yang sebelum ini seri menentang kelab MSK Zilina 2-2 memberi motivasi kepada pemain untuk merekodkan kemenangan pada perlawanan kedua siri jelajah pramusim itu.

Dalam perlawanan ini, Johor Darul Ta’Zim melakar kemenangan ke atas kelab di ranking No.3 Liga Super UAE iaitu Shabab Al Ahli sebentar tadi. Moussa Sidibe sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol pada minit ke-60.

Ini merupakan gol kedua Moussa selepas turut mencetak gol ke atas MSK Zilina kelmarin .

Informasi: Shabab Al Ahli – Bertanding Dalam AFC Champions League 2022 Dalam Group C

LuaskanKuasamuJohor

JDT akan meneruskan aksi pra musim berdepan kelab Riga FC (Latvia) 29 Jan, Rodina Moscow (Russia) 02 Feb dan Spartak Moscow (Russia) 05 Feb.

Untuk rekod, dalam kempen ACL, skuad Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan I bersama Kawasaki Frontale (JPN), Guangzhou FC (CHN) dan pemenang pusingan play-off 3.

Kemudian gergasi kelab Liga Malaysia itu akan membuka tirai saingan domestik menentang KL City FC bagi merebut Piala Sumbangsih pada 26 Februari depan.

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Komen Anda?