JDT Anjur Pertunjukan Bunga Api, ‘in-car viewing party’ Rai Kejuaraan Liga Super

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan program meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan itu merangkul kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut, bersama penyokong pada 12 Sept ini.

JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan, pada program itu penyokong Harimau Selatan akan disajikan dengan pertunjukan bunga api dan ‘in-car viewing party’.

“Sambutan tersebut – persembahan piala, pertunjukan khas dan bunga api – akan bermula selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur,”

Para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang bersama-sama hadir ke acara ‘viewing party’ secara penjarakan sosial dari dalam kereta pada ahad ini di Stadium Sultan Ibrahim.

PENDAFTARAN KEMASUKAN ‘IN-CAR VIEWING’ BAGI PEMEGANG PAS BERMUSIM JDT BAGI MERAIKAN SAMBUTAN KEJUARAAN LIGA SUPER MALAYSIA LAPAN KALI BERTURUT-TURUT

Berita baik untuk para pemegang pas bermusim Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ingin turut serta meraikan Sambutan Kejuaraan Liga Super Malaysia Lapan Kali Berturut-Turut yang akan diadakan pada 12 September 2021 ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Sila lengkapkan borang pendaftaran kemasukan anda melalui link https://jdtfc.odoo.com/event/season-pass-registration-champi8ns-night-2021-09-12-11/register. Tempoh permohonan pendaftaran ini akan berakhir pada jam 5.00 petang, 8 September 2021.

Setiap permohonan adalah untuk kemasukan sebuah kereta ke tempat letak kenderaan yang disediakan. Pergerakan bagi yang telah lengkap divaksin (termasuk 14 hari), jumlah individu dalam sebuah kenderaan adalah mengikut kapasiti kenderaan tersebut. Manakala yang belum lengkap divaksin terhad kepada dua individu sahaja dengan tambahan syarat perlu menjalani ujian calitan Covid-19 dalam tempoh tiga (3) hari sebelum majlis.

Selain itu, hanya penyokong dengan klasifikasi ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dibenarkan masuk. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negeri ini adalah wajib dipatuhi dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda tidak dibenarkan masuk.

PERATURAN ‘IN-CAR VIEWING PARTY’ SAMBUTAN KEJUARAAN JDT KALI KELAPAN DI STADIUM SULTAN IBRAHIM — 12 SEPTEMBER 2021

  1. Hanya kereta yang berdaftar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan Stadium Sultan Ibrahim.
  2. Jumlah tetamu yang telah Lengkap Divaksin (14 hari selepas dos kedua) bagi setiap kenderaan adalah mengikut kapasiti kereta. Hanya dua individu bagi setiap kereta yang dibenarkan sekiranya BELUM Lengkap Divaksin, dengan tambahan syarat mendapat keputusan negatif ujian swab Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum majlis berlangsung.
  3. Kemasukan melalui Gate B sahaja. Dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.
  4. Para penyokong mesti berada di dalam kereta sepanjang masa.
  5. Penyokong yang ingin menggunakan tandas perlu menggunakan pelitup muka ketika keluar dari kereta dan mengekalkan penjarakan sosial pada setiap masa.
  6. Penyokong tidak dibenarkan berlegar-legar di kawasan Stadium Sultan Ibrahim.
  7. Dilarang membuang sampah.
  8. Sila beri kerjasama kepada Marshall Stadium dan pihak berkuasa yang bertugas.

See you at our 8th consecutive Malaysia Super League celebration!! 5️⃣ days away!

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?