JDT Akur Dan Menghormati Keputusan Kerajaan

PKPB | Pasukan JDT Tidak Dibenar Ke Luar Negara Pasukan JDT dijadual akan ke Doha, Qatar minggu depan untuk menyertai Kejohanan Liga Juara-Juara Asia. Namun, kerajaan memaklumkan pasukan berkenaan tidak dibenarkan keluar negara. Video: Ihsan RTM

JDT akur keputusan kerajaan

Kuala Lumpur: Juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas kecewa tidak diberikan pelepasan untuk menyertai pusingan zon timur Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) dari 18 November hingga 13 Disember depan di Doha, Qatar.

Namun, Pengarah Teknikal (JDT) Alistair Edwards dalam kenyataannya di Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa pihaknya tetap akur dan menghormati keputusan kerajaan adalah demi keselamatan semua pihak.

Beliau berkata, JDT memahami tindakan terbabit dilakukan bersandar kepada keselamatan memandangkan peningkatan kes pandemik Covid-19 sejak kebelakangan ini.

“JDT sudah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa kami tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar untuk saingan ACL.

“Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia, kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik Covid-19.

“Keselamatan setiap orang termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan dan kami berdoa dan berharap supaya dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021,” katanya.

JDT terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada pusingan zon timur ACL dari 18 November hingga 13 Disember depan di Doha, Qatar apabila kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polisi berkenaan sudah dimaklumkan kepada semua pihak sebelum ini dan turut tertakluk kepada pasukan bola sepak di negara ini.

Beliau berkata, polisi berkenaan turut membabitkan pergerakan menteri yang juga dilarang keluar negara walaupun atas urusan rasmi kerajaan.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa kami tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar untuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL).

Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia, kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik Covid-19.

Keselamatan setiap orang — termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha — adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?