Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal melakar kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila seri 0-0 dengan Ratchaburi FC dalam pertembungan di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, malam ini.
FT | 🇲🇾 @OfficialJohor 0-0 Ratchaburi 🇹🇭
— #ACL2021 (@TheAFCCL) July 7, 2021
👏 Both sides end their #ACL2021 campaign with a clean sheet and a share of the spoils!#JDTvRAT pic.twitter.com/RpvdPKIyUZ
Keputusan dilakar skuad Harimau Selatan dalam kempen ACL musim ini menyamai pencapaian musim 2019 dengan satu kemenangan dan satu seri serta tewas empat kali.
JDT hampir mencipta jaringan seawal minit keenam selepas bola umpanan Ariff Aiman Hanafi membuka ruang buat Safiq Rahim yang merembat kencang, namun sipi di kiri gawang gol ketika penjaga gol, Kampon Phatomakkukul tertewas.

JDT mendominasi penguasaan bola, Separuh masa pertama
HT | 🇲🇾 @OfficialJohor 0-0 Ratchaburi 🇹🇭
— #ACL2021 (@TheAFCCL) July 7, 2021
🚫 No way through for either side at the break. Who will be the first to find the back of the net?#ACL2021 | #JDTvRAT pic.twitter.com/uJxevXkW03
Sekali lagi terlepas peluang untuk meletakkan JDT didepan tidak dimanfaatkan selepas bola terkena tangan Bergson. kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan..
JDT menamatkan saingan AFC Champions League musim 2021 di kedudukan ketiga dalam kumpulan G dengan 4 mata.
🇲🇾 @OfficialJohor finished off their #ACL2021 campaign by matching their previous best points haul in @TheAFCCL following a draw with 🇹🇭 Ratchaburi Mitr Phol earlier this evening! pic.twitter.com/H7JmYGpFVl
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) July 7, 2021
#LuaskankuasamuJohor