fbpx

JDT Akan Tetap Gemilang

Tidak perlu berduka wahai penyokong JDT sekalian. Kekalahan dengan pasukan terbaik Jepun akan dijadikan pengajaran. Kita telah biasa hadap segala kecaman. Biarlah kita sentiasa lontarkan senyuman. Yang pasti, kelab bolasepak JDT akan sentiasa jadi siulan.

Menyaksikan Andres Iniesta mengucar kacirkan pasukan. Hanya itu sahaja yang musuh JDT gembar gemburkan. Apetah lagi seluruh pasukan JDT dijadikan bahan ejekan. Perkara negatif kita terus ketepikan. Biar yang positif kita harus kumpulkan. Kelab bolasepak JDT tidak akan rebah dengan satu kekalahan. Ingatlah semua, Johor akan terus maju ke hadapan.

Perkara utama dalam pasukan adalah misi dan visi yang jelas. Mana yang rosak, kita baiki dengan lekas. Tak perlu rasa kecewa dan rasa rimas. Segala kecaman tidak perlu dibalas. Kekal tenang dan bergerak ke hadapan dengan pantas.

Kita semua terlalu manja dengan menang. Jangan dengan satu kekalahan, kita terus rasa kecundang. Yang mana buruk, kita jangan kenang. ‘Moving forward’ orang barat bilang. Yang bersuara di belakang, kita jangan pandang. Jangan peduli, itu semua jembalang. Ini negeri Johor, kita tetap akan terbilang. Kelak nanti kita sambut kemenangan dengan gemilang.

Perkataan terima kasih yang ingin saya sudahi. Kerana terus menerus menyebarkan apa yang patut dikongsi. Kisah duka malam ini, jangan kita tangisi. Kita maju ke hadapan, tak perlu meninggi diri. Buat tak endah kecaman bertubi. Yang pasti di penghujung kita akan jumpa pelangi.

“I am from down south, i always go up” – DYAM TMJ

Salam penuh kenangan dari Noevir Stadium Kobe, Jepun.

JDT AKAN TETAP GEMILANG*******Tidak perlu berduka wahai penyokong JDT sekalian. Kekalahan dengan pasukan terbaik…

Posted by Farhan Khair on Rabu, 12 Februari 2020

JDT Tumpas Kepada Vissel Kobe

Posted by Satu Johor on Rabu, 12 Februari 2020

Komen Anda?
Related Post
Kualiti Tinggi, Pesona Bintang Dan Kehilangan Fokus – Luciano Figueroa

Kami bermain baik untuk 15 minit pertama tetapi mula perlahan selepas itu. Pada pendapat saya, Read more

JDT Tumpas Kepada Vissel Kobe

Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini dengan langkah kiri Read more

Kita Bersatu Hati, Bersatu Suara Dan Berikan Sokongan Kepada Perjuangan Harimau Selatan

Ayuh penyokong bolasepak tempatan semua, ketepikan seketika sentimen kenegerian, warna jersi, perbezaan pendapat, perselisihan faham Read more

Barisan Pemain Ke-12 JDT Siap Sedia Gempur Vissel Kobe

Pasukan Johor Darul Ta’zim  (JDT) memulakan cabaran dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bagi Read more