Sedia maklum Skuad Harimau Selatan akan terbang ke UAE untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dan aktiviti bersama pasukan. Ini adalah kali kedua JDT melawat UAE untuk pra-musim, sama seperti yang dilakukan pada tahun 2020.
“JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JDT hari ini.
Sementara itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia 2022.
Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.”Kami akan mengumumkan dua pemain baharu esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pramusim.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have signed three Spanish players to strengthen the squad for the 2022 season, where JDT will once again compete in the AFC Champions League in addition to three domestic competitions.
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 19, 2022
[1/3] pic.twitter.com/vx1XLC3AAq
Minggu lepas, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baharunya iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor Syahmi Safari.
- Fernando Forestieri Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Skuad JDT
- Syahmi Safari, Pemain Baru Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim
LuaskanKuasamuJohor