JDT Akan Menentang Urawa Red Diamonds Di Saitama, Jepun

Harimau Selatan sentiasa tampil sebagai sebuah kelab kecil yang berjiwa besar dalam persaingan kelab-kelab elit di Liga Juara-Juara AFC (ACL). Tidak sesekali gentar walau sebesar mana reputasi sesebuah kelab yang akan ditentang.

Menerusi hantaran di laman rasmi AFC , AFC umum pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Asia (East) akan diadakan menerusi ‘centralised matches’ di Saitama, Jepun yang turut membabitkan wakil Malaysia, JDT menentang Urawa Reds Diamonds yang dijadual pada 18 Ogos

AFC mengesahkan Jepun 🇯🇵 dipilih sebagai venue berpusat untuk pusingan kedua sehingga final #ACL2022.

JDT membuka lembaran baharu kepada bola sepak Malaysia selepas menjadi kelab tempatan pertama untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dengan mengalahkan Ulsan Hyundai 2-1 di Iskandar Puteri, Johor, tempohari.

Walaupun sehebat mana cabaran yang bakal dilalui keseluruhan kem Harimau Selatan, para penyokong Merah Biru serta seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya akan mendoakan kegemilangan dan kejayaan JDT dalam perjalanan membawa nama Malaysia khususnya Johor Darul Ta’zim ke mata dunia.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?