fbpx

Jasa Guru Terlalu Besar, Pengetua Naik Helikopter & Lamborghini Sempena Majlis Persaraan Beliau

Selamat bersara cikgu!

Jasa guru terlalu besar jika dibandingkan dengan pemberian ini.

Semoga semua guru di Malaysia terus bersemangat tinggi mendidik generasi muda negara.

Detik Mengkagumkan….hari ni adalah sambutan yang penuh gemilang pesaraan Pengetua SMK Baling iaitu Puan Zaharah Bin Ismail @ nama FBnya Zahara Ismail Joe…Puan Zaharah ini adalah PK HEM SMK SIk ketika saya balik dari Sabah pada Januari 2003 dahulu. Saya ketika itu telah dilantik ketua guru disiplin dan pengawas ketika itu dan di bawah unit HEM.Selama 2 tahun bersamanya sebelum Puan Zaharah dinaik pangkat Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Seri Enggang Batu 5 Sik…Hari ini adalah sambutan persaraan wajib baginya. Acara sambutan hari ini begitu lain sekali yang kita ketahui selama ini. Berikut adalah catatan majlis pesaraannya.

1.Jam 7.00 pagi – 11.30 tengahari- majlis sambutan pesaraan di SMK Baling .

2. Jam 11.20 pagi.- Helikopter dari Kuala Lumpur mendarat di padang SMK Agama Baling ( sekolah saya ).Kerana padang di SMK baling tidak sesuai untuk pendaratan helikopter.

3. Jam 11.45 pagi- Puan Zaharah bertolak ke SMK Agama Baling dari SMK Baling untuk menaiki helikopter diiringi motor kuasa tinggi dan 2 kereta sport mewah. Jaraknya kira-kira 6 kilometer sahaja.

4.Jam 12.20 tengahari -Puan Zaharah menaiki helikopter ke rumahnya Batu 5 Sik dan diadakan jamuan kenduri di situ sehingga jam 3,00 ptag,Jaraknya kira-kira 40 kilometer.

Sumber : Ahmad Yudin Shafial

Bersara dengan Lamborghini, helikopter

DIJEMPUT menaiki Lamborghini sambil diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi dan pulang ke rumah dengan helikopter jenis Bell 407 GX.

Kejutan mewah itu yang dirasai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Zahara Ismail, 58, sempena persaraannya, hari ini.

Dia yang mesra dipanggil bonda diraikan warga sekolah yang mengadakan majlis persaraan khas untuknya kenang sepanjang hayat.

Selepas tamat majlis, Zahara dibawa menaiki Lamborghini dari SMK Baling ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB) untuk menaiki helikopter milik usahawan tempatan dan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Lima, Sik.

Zahara berkata, dia sangat terharu dengan sambutan luar biasa itu yang disifatkan terlalu meriah dan mewah apabila berpeluang menaiki kereta mewah dan helikopter.

“Mereka (warga sekolah) sanggup bersusah payah mengatur semua persiapan untuk meraikan saya dengan cara yang tidak pernah dibayangkan ini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, selepas perjumpaan dengan rakan sekolahnya ketika belajar di KSAH, Zuhri ada mempelawanya untuk menaiki helikopter peribadi itu bagi meraikan hari persaraan.

“Mulanya saya segan tetapi dia beria-ia untuk meraikan rakan-rakan ketika di kolej dulu,” katanya yang 35 tahun bertugas sebagai guru di lima sekolah di Kedah.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Pra-Universiti SMK Baling Abdul Bashir Che Senik berkata, jasa Zahara untuk pembangunan pendidikan amat tinggi.

“Beliau banyak mencatat kemajuan di sekolah tempatnya berkhidmat malah antara guru sangat dihormati dan disayangi pelajar,” katanya.

Seramai 950 pelajar, guru dan kakitangan meraikan hari perpisahan Zahara dan diakhiri dengan ‘kenduri kampung’ di rumahnya, hari ini.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?
Related Post
Tersentuh Hati Kecil Ini Bila Pertama Kali Bersua Mata Dengan Anakanda Khairunnisa

“BILA Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!” Demikian pesanan Read more

Sekolah Pertama Di Negara Ini Memperkenalkan Sistem Imbasan Mata, SK Taman Perling Johor

Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru perkenal penggunaan sistem pengimbas wajah bagi merekodkan kehadiran murid Read more

Undang Sebak Apabila Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Sekolah

Satu perkongsian oleh seorang guru, Nadwa Nasir, melalui laman facebooknya ternyata mengundang hiba ramai. Di Read more

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh Polis Seremban sedang menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan Read more