Jaringan Paulo Josue Di Separuh Masa Pertama Kekal Hingga Tamat Perlawanan

KUALA LUMPUR City FC membuktikan kemampuan dalam saingan Liga Super selepas meraih tiga mata penuh menewaskan Negeri Sembilan, 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebentar tadi.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu juga berada pada emosi dan momentum yang baik setelah membawa The City Boys itu ke perlawanan akhir peringkat zon ASEAN Piala AFC.

Sudah tentu Bojan Hodak akan memastikan anak didiknya menjadi penghalang hajat lawannya itu kerana skuad warga kota juga inginkan kemenangan bagi memastikan mereka dapat terus bersaing untuk menempatkan dalam kelompok lima terbaik Liga Super.

KL City lebur rekod Negeri Sembilan

Malah, keputusan itu menyaksikan KL City meleburkan rekod tanpa kalah skuad Hobin Jang Hobin di gelanggang lawan sepanjang Liga Super musim ini.

KL City terpaksa menunggu pada masa kecederaan babak pertama untuk berada di depan hasil jaringan Paulo Josue yang menanduk masuk bola sepakan sudut Zhafri Yahya.

45+1′ GOL | Tandukan Paulo Josue meletakkan KL City di depan!

Negeri Sembilan cuba bangkit memburu gol penyamaan pada babak kedua, namun beberapa percubaan mereka tidak berjaya disudahkan dengan jaringan termasuk rembatan Matheus Alves pada minit ke-72.

Aksi tidak menjadi anak buah K Devan berterusan hingga penghujung permainan dengan semua gerakan yang cuba diatur juga dipatahkan City Boys.

Meskipun tewas, Negeri Sembilan masih kekal di kedudukan ketiga dengan mengumpul 32 mata selepas mengharungi 17 perlawanan liga musim ini.

KL City pula di tangga keenam dengan mengumpul 21 mata dan skuad Bojan Hodak masih berbaki tujuh perlawanan. HM

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?