Jaringan Detik Akhir – Bergson

SOROTAN PERLAWANAN PIALA FA – FA QF

Jaringan Bergson da Silva pada masa kecederaan memastikan Johor Darul Ta’zim layak ke separuh akhir Piala FA dengan menewaskan Melaka United FC 2-1 di Stadium Hang Jebat.

Hazwan Bakri meletakkan JDT di depan namun Sony Norde menyamakan kedudukan untuk Melaka United sebelum gol lewat Bergson.

Kemenangan dramatik di Stadium Hang Jebat membawa Johor Darul Ta’zim ke separuh akhir #PialaFA2022 hasil jaringan minit-minit terakhir Bergson Da Silva!

JARINGAN DETIK TERAKHIR – Farhan Khair

“Ayuh ayuh, Ayuh M+++++ ku. Hari ini, kita mesti menang!”

Seluruh Stadium Hang Jebat bergegar dengan nyanyian tersebut. Belum campur saya sendiri nampak betapa gembiranya penyokong Melaka riang bersorak untuk gol penyamaan. Saya ulang, gol penyamaan. Nyata nyanyian ini telah memberi satu petanda buruk ketika bertemu JDT.

Penyokong Johor? Tetap tenang dan terus kekal menyokong. Tidak melayan provokasi. Hanya fokus perlawanan sehingga ke wisel penamat. Ada yang teriak kata-kata semangat. Segerombolan budak selat masih teguh di teres melontarkan teriakan semangat untuk wira di atas padang.

Secara tiba-tiba, 80 peratus keadaan Stadium Hang Jebat menjadi bisu. Ibarat mereka menurut pesanan seorang menteri sebelum ini, tidak boleh buat bising di dalam stadium. Mereka terus diam. Tergamam. Kaku. Tidak percaya. Mungkin ada yang tidak boleh terima.

Bergson Da Silva. Pemain yang kita rindui. Menanduk masuk bola gol di detik terakhir permainan. Teres penyokong pelawat riuh! Ibarat doa kami di dengari. Ibarat sekali lagi kami dikurniakan rezeki oleh Yang Maha Mendengar. Ini semua adalah kerana kepercayaan penyokong kepada kelab bolasepak kesayangan hingga wisel penamat.

Pedulikan apa segala yang diperbualkan. Kelab bolasepak kesayangan kita telah membuktikan situasi ini lebih dari 3 kali. Dan penyokong telah sedar, pemain akan berjuang hingga ke titisan peluh terakhir.

Terima kasih penyokong Johor. Malam semalam adalah fenomena. Sentiasa ingat, kehadiran penyokong akan memberi impak kepada perlawanan. Semoga terus diberkati kalian yang setia. 💙❤️

Penyokong,
FK

Saluran rasmi Unifi YouTube bagi perlawanan Melaka vs Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berjaya mencecah hampir 1.4 juta jumlah tontonan manakala Terengganu Vs Kuching 717k, Sri Pahang vs Penang 640k, Sabah vs Selangor 1juta. Kesemua Setakat 24/7 Jam 1440

Setakat 24/7 Jam 1440

Mentaliti menang nadi kejayaan JDT

‘Winning mentality’ menjadi nadi kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mara ke separuh akhir Piala FA menerusi jaringan masa kecederaan menewaskan Melaka United (MU) 2-1 pada saingan suku akhir di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.

Dipetik dari laman Berita Harian, Jurulatih kecergasan JDT, Jorge Alvarez berkata, mentaliti terbabit amat dipuji kerana usaha buruan jaringan bermula pada minit awal permainan menerusi jaringan Hazwan Bakri yang berterusan pada saat akhir permainan melalui tandukan Bergson Da Silva .

Katanya, dia juga gembira pemain mempersembahkan corak permainan yang direncana untuk dengan mencipta banyak peluang jaringan sepanjang minit perlawanan, walaupun cuba dicabar skuad tuan rumah.

Dalam masa sama dia memuji Bergson yang disifatkan berkelas dunia selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan.

Baginya kemasukan Bergson berjaya mengubah corak tekanan dalam memburu jaringan ketika tuan rumah juga berusaha untuk menafikan setiap percubaan yang dilakukan.

“Bergson pemain yang berkelas tinggi. Selepas pulih dari kecederaan dia menunjukkan persembahan yang amat baik dan apabila diturunkan dia mampu mencipta jaringan kemenangan pada malam ini.

“Tahniah kepada semua pemain atas peranan mereka sepanjang perlawanan dengan menunjukkan ‘winning mentality’ sehingga saat terakhir permainan,”katanya.

Alvarez berkata, perlawanan getir itu bagaimanapun berjaya disudahkan dengan cemerlang dengan pemain menterjemah perancangan pasukan terbabit terutama meraih banyak peluang merekodkan jaringan namun akhirnya kejayaan dicipta pada minit-minit akhir perlawanan.

Bagi pembimbing Melaka United (MU) Mohd Asri Ninggal pula tetap memuji persembahan pemainnya yang kental menutup ruang dalam perlawanan berkenaan walaupun jaringan awal lawan menerusi Hazwan memberi tekanan kepada pasukannya.

Menurutnya, Melaka tidak bernasib baik kerana tewas pada minit akhir perlawanan walaupun Sony Nordes berjaya menyamakan kedudukan penghujung saingan menerusi sepakan penalti.

Jelasnya, JDT sememangnya pasukan hebat dengan mereka sentiasa memberi hukuman menerusi ‘set pieces’ mahupun sepakan sudut yang membahayakan tambahan mereka memiliki penyerang hebat Bergson Da Silva yang mengubah skrip perlawanan.

Gol kemenangan JDT disudahkan dengan menarik menerusi Bergson yang menanduk masuk sepakan sudut Nazmi Faiz pada masa kecederaan serta jaringan Hazwan pada m-4, sementara gol Melaka disumbangkan Norde pada m-84 perlawanan.

Ketika aksi seperti diheret ke masa tambahan Bergson muncul pemusnah Melaka untuk jaringan kemenangan 2-1 Harimau Selatan bagi membolehkan mereka mara ke separuh akhir. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?