Jaringan Bergson & Forestieri Menghampakan Terengganu FC

SKUAD Johor Darul Ta’zim mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super 2022 dengan 38 Mata selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Kuala Terengganu sebentar tadi.

JDT meneruskan rentak kemenangan menerusi jaringan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri, manakala Hakimi Abdullah membalas untuk Terengganu FC.

TFC yang turun tanpa kelibat pemain sayap lincah, Mohd Faisal Halim dan pemain import, Manuel Ott, terpaksa merelakan seorang lagi tonggak import, Petrus Shitembi direhatkan pada minit ke-16 kerana masalah kecederaan dan digantikan dengan Mohamad Hakimi Abdullah.

Sedar kerap diasak, skuad kendalian Hector Bidoglio memperkemaskan asakan dan pada minit ke-29, penjaring terbanyak skuad itu, Bergson Da Silva hampir memecah kebuntuan gol, namun tendangannya terkena tiang sekali gus terselamat pintu gol tuan rumah yang dikawal Rahadiazli Rahalim.

Bagaimanapun pada minit ke-31, Bergson yang mendapat umpanan jarak jauh daripada Mohd Afiq Fazail, tidak melepaskan peluang terbaik itu apabila berjaya menyumbat gol pertama untuk pasukannya mendahului 1-0.

31′ GOL | Rembatan Bergson da Silva menewaskan Rahadiazli Rahalim untuk gol pembukaan di Gong Badak!

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan kekal memihak JDT 1-0.

Bersambung babak kedua, skuad pelawat tidak menunggu lama untuk menambah jaringan kedua menerusi rembatan dari luar kotak penalti Fernando Forestieri pada minit ke-47 yang gagal ditepis Rahadiazli.

47′ GOL | Fernando Forestieri menggandakan kelebihan JDT!

Pada minit ke-50, TFC berjaya merapatkan kedudukan 1-2 selepas sepakan percuma Mohamad Hakimi dari jarak kira-kira 20 meter gagal dibaca penjaga gol, Mohd Farizal Marlias sebelum bola menerjah jaring pelawat.

51′ GOL | Terengganu FC merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma Hakimi Abdullah!

Tiga minit selepas itu, Nik Muhammad Sharif Haseefy berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas mendapat peluang di sebelah kanan pintu gol hasil umpanan Sherman, namun rembatannya sedikit tersasar dan kedudukan muktamad kekal memihak kepada JDT dengan kemenangan 2-1.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengumpul 38 mata hasil 14 perlawanan manakala TFC kekal di tempat kelima dengan 17 mata menerusi 13 perlawanan.

📊 KEDUDUKAN – LS15

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?