Skuad Harimau Selatan akan terbang ke UAE untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dan aktiviti bersama pasukan. Ini adalah kali kedua JDT melawat UAE untuk pra-musim, sama seperti yang dilakukan pada tahun 2020.
JADUAL PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA-MUSIM JDT DI DUBAI :-
JDT PRESEASON MATCH SCHEDULE IN DUBAI
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 8, 2022
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/xH3eV2ond3
Skuad pasukan utama — termasuk beberapa pemain muda yang berpotensi dari JDT II — kemudiannya akan pergi ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk perlawanan persahabatan pra-musim menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow (kedua-duanya dari Rusia), MSK Zilina (Slovakia) dan FC Riga (Latvia).
Pada tahun 2020, JDT tewas dalam perlawanan pembukaan 2-0 kepada Riga FC sebelum mencatat kemenangan ke atas Dibba Al Fujairah (1-0), pasukan kebangsaan Turkmenistan (2-1), MSK Zilina (2-1) sebelum tewas 3-2 kepada Emirates FC.
Menerusi perkongsian di laman rasmi Twitter JDT, Para pemain dan barisan kejurulatihan kelab JDT akan kembali melaporkan diri pada 8 Januari ini (Sabtu) menjelang kempen 2022.
SOUTHERN TIGERS RETURN FOR 2022 SEASON ON JANUARY 8
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 5, 2022
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) players and coaching staff will report for duty on January 8 ahead of the 2022 campaign.
[1/4] pic.twitter.com/iEd0wgX10C
Persiapan menghadapi musim Liga Malaysia 2022 dan ACL Cup 2022
Perlawanan menentang pasukan-pasukan Eropah, sama seperti pra-musim 2020, akan memberikan ujian sebenar buat JDT menjelang kempen 2022.
Hidup Johor Demi Johor
Luaskan Kuasamu Johor