Itali Juara Euro 2020

Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, sebentar tadi.

Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Italy terlebih dulu dikejutkan dengan gol pertama pada awal permainan minit ke 2 dijaringkan oleh Luke Shaw. Gol terpantas yang pernah dijaringkan di final Kejuaraan Eropah (1 minit 56 saat)

GOAL!!!!! Bonucci!!!! Akhirnye Italy berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 67.

Masa tambahan berlalu tanpa sebarang gol dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Domenico Berardi, Leonardo Bonucci dan Federico Bernardeschi menyempurnakan sepakan untuk Itali manakala hanya Harry Kane dan Harry Maguire berjaya menewaskan Donnarumma.

Ketika England seakan mempunyai kelebihan apabila sepakan Andrea Belotti dan Jorginho diselamatkan Jordan Pickford, Marcus Rashford menyaksikan sepakannya tersasar dan Donnarumma menyelamatkan sepakan Jadon Sancho serta Bukayo Saka.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Itali berjaya meraih trofi paling berprestij Eropah buat kali kedua sejak edisi 1968.

England pula terus kemarau kejuaraan antarabangsa apabila gagal meraih sebarang kejayaan dalam tempoh 55 tahun sejak memenangi Piala Dunia pada edisi 1966.

Komen Anda?