Istana Johor & Kerajaan Johor Akan Memberikan Sumbangan Untuk Menambahbaik Pusat Temuduga Kanak-kanak

Istana Johor & Kerajaan Johor akan memberikan sumbangan untuk menambahbaik Pusat Temuduga Kanak-kanak, memperkasakan kekuatan pasukan polis D11 & untuk menyediakan sebuah CIC di IPD Muar & Iskandar Puteri bagi melancarkan siasatan dan menyelesaikan kes-kes penderaan kanak-kanak.

Johor perlu tambah baik siasatan kes penderaan kanak-kanak

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan negeri meningkatkan dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) siasatan berhubung kes-kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di Johor.

Baginda bertitah, langkah itu boleh dilaksanakan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri terlibat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di ambil dari Laman Utusan Online, Menurut Tunku Ismail, garis panduan yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) boleh diguna pakai dalam perkara itu.

“Istana Johor dan kerajaan negeri akan beri sumbangan untuk tambah baik CIC ini, memperkasa kekuatan pasukan polis D11 dan menyediakan sebuah CIC di Ibu pejabat Polis Daerah Muar dan Iskandar Puteri bagi melancarkan usaha PDRM menjalankan siasatan serta menyelesaikan kes penderaan kanak-kanak di Johor.

“Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dengan PDRM, JKM dan dengan garis panduan daripada UNICEF bagi melaksanakan pelbagai usaha untuk menambah baik SOP dan prosedur yang ada serta meningkatkan kesedaran awam,” titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melawat Pusat Temuduga Kanak-kanak di IPK Johor, di sini hari ini.

Tunku Ismail turut memberi berpandangan bahawa apa jua bentuk penderaan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan. 

“Menjadi tanggungjawab semua bangsa Johor untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di negeri ini,” titah baginda. – UTUSAN

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?