IPD Johor Bahru Utara Telah Menjalankan Proses Disinfeksi Dengan Kerjasama Jabatan Bomba

IPD JBU Telah Disinfeksi

IPDJBU, 7 April 2020 – IPD Johor Bahru Utara telah menjalankan proses disinfeksi dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Taman Universiti dan Pasir Gudang.

Photo By IPD JBU

Semasa proses nyahjangkitan dijalankan, semua anggota bertugas dikehendaki berada di luar bangunan. Proses telah dijalankan di tempat tumpuan awam seperti Kaunter Aduan, Pejabat Pentadbiran dan lokap bagi memastikan semua tempat berada dalam keadaan bersih dan bebas dari jangkitan.

Usaha ini dilaksanakan sebagai pencegahan susulan penularan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan serta memastikan kesihatan dan keselamatan kepada warga kerja IPD JBU, pelanggan serta orang tahanan terpelihara.

Photo By IPD JBU

Semoga usaha ini dapat mencegah penularan jangkitan Covid-19. Kami sudah buat, anda bagaimana pula?

https://www.facebook.com/504725002962943/posts/2402817989820292/?d=n

Photo By IPD JBU

Sumber : Polis Daerah Johor Bahru Utara

Komen Anda?