Insya Allah, Ia Akan Selesai Tidak Lama Lagi, Saya Pun Sudah Berbincang Dengan Isteri – Abam Bocey

Jom lah kita jalan2….. Pening lah dok sini jer…. Anak ayah balik jom….

Baru saja menimang cahaya mata lelaki Jumaat lalu, pelawak Abam Bocey hilang sabar dengan komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen di media sosial memintanya melakukan ujian DNA ke atas anaknya itu. Abam menyifatkan komen yang ditulis oleh seorang lelaki itu sangat keterlaluan dan melampau kerana perkara seperti ini bukan boleh dibuat main.

‘Semua akan selesai tak lama lagi’ – Abam Bocey

PELAWAK dan anggota Bocey, Abam sudah berbincang dengan isterinya, Siti Norhidayah berhubung perancangan untuk bersua muka dengan individu mengguna pengenalan diri ‘Lau Kok Chan’.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata, segala-galanya kini dalam proses penyelesaian.

“Insya-Allah, ia akan selesai tidak lama lagi. Saya pun sudah berbincang dengan isteri berkaitan perkara ini,” katanya ringkas.

Menurut Abam, dia bersyukur kerana ramai sudi membantunya terutama rakan dalam usaha mengesan individu berkenaan.

“Syukur, ada kawan-kawan yang membantu beri maklumat untuk saya mengesan individu terbabit.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu saya. Insya-Allah, isu ini akan berakhir,” katanya.

Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Abam dikatakan mahu bertemu individu mengguna pengenalan ‘Lau Kok Chan’ di Facebook (FB) yang menulis komen berbaur penghinaan selepas perkongsian dibuatnya di media sosial berkaitan kelahiran anak sulung pada Jumaat lalu.

Abam yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dikurniakan anak lelaki.

Setakat ini, Abam memanggil puteranya dengan panggilan ‘Syed Kecik’ kerana masih memilih nama.

Sumber : Harian Metro

Tgk byk msj pasal hari bapa….. Al-Fatihah utk arwah ayah sy… Dan selamat hari bapa utk abah sy…. Bila kita merasai bru kita menghargai… Bila kita melalui bru kita mengetahui…. Setiap manusia ade impian… Semoga di redhai ALLAH SWT…

Facebook Comments