Ini Sebabnya Trend Pakai Jaket Terbalik Merbahaya

????? ????? ????? ????????: ??????!

Kebanyakan penunggang motosikal di Malaysia sering memakai jaket secara terbalik sekaligus boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri atau pengguna jalan raya yang lain. Setuju?

Oleh yang demikian, suka admin menasihatkan rakan-rakan netizen yang mungkin terikut-ikut trend memakai jaket secara terbalik ketika menunggang motosikal supaya lebih peka dengan etika pemakaian yang betul bagi mengurangkan risiko kecelakaan di atas jalan raya.

Bagaimana yang dikatakan memakai jaket secara terbalik ini boleh mengundang padah?

Jom beringat bahawa; pemakaian jaket secara terbalik tanpa dikancing dengan betul memungkinkan risiko untuk tersangkut di kenderaan lain ketika penunggang motosikal tadi mencelah / cilok di atas jalan raya. Contohnya, jaket tersebut boleh tersangkut pada cermin sisi kereta lalu menyebabkan penunggang motosikal tadi tertarik ke belakang sebelum jatuh di atas jalan raya lalu digilis kenderaan lain.

Lebih menakutkan lagi, jaket yang mengembang di bahagian kiri dan kanan akibat ditiup angin dari depan itu boleh menyebabkan ianya tersangkut pada cangkuk yang terdapat pada bahagian tepi lori sewaktu penunggang penunggang motosikal hendak memotong, lalu mangsa terjatuh serta terperosok ke bawah lori yang sedang bergerak laju!

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Eloklah rakan-rakan netizen yang menunggang motosikal lebih peka dengan etika pemakaian yang betul bagi mengelakkan kecelakaan di atas jalan raya.Pakai jaket anda dengan betul, butangkan dengan baik agar lebih selesa ketika di atas jalan raya.

Kongsikan peringatan dan maklumat ini kepada ahli keluarga dan sahabat handai anda sekiranya merasakan ianya bermanfaat. Berhati-hati di atas jalan raya, ingatlah mereka yang tersayang!

Facebook : Polis Diraja Malaysia

Sumber gambar: Google

Komen Anda?